Passive and active system in the buildings

Monday 7 October 2019

Info penting

Salam sejahtera buat semua..

Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan aktif bangunan tapi melalui platform yang lain. Untuk pengetahuan semua saya telah mewujudkan satu youtube chanel dan facebook pages berkaitan dengan sistem pasif dan aktif bangunan. Selain dari itu, di dalam fb page ini saya menawarkan beberapa servis berkaitan fire..

Selepas ini saya akan lebih aktif di youtube channel ni. boleh google nama "ABR SAFETY BUILDING".. harap anda semua boleh subscribe dan on notification supaya tidak terlepas info yang saya kongsikan.. ini salah satu video yg baru saya kongsikan sebentar td..

https://www.youtube.com/watch?v=QW4eYe2TKww

okla cukup untuk kali ini. jumpa anda semua di channel youtube saya.. terima kasih

Thursday 20 June 2019

Ketetapan bagi Kombinasi Sistem

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya nak share mengenai ketetapan bagi kombinasi-kombinasi sistem yang dibenarkan. Berdasarkan Arahan Ketua Pengarah Bil. 2/2012, terdapat beberapa permasalahan teknikal yang amat ketara. Salah satunya adalah melibatkan ketetapan bagi kombinasi beberapa sistem aktif dalam sesebuah premis.

Jenis kombinasi :-

1. Kombinasi sistem hose reel & sprinkler - tidak dibenarkan

2. Kombinasi sistem hose reel & wet riser - dibenarkan dengan syarat rekabentuk sistem tidak mengganggu fungsi kedua-dua sistem tersebut dan kapasiti tangki air hendaklah ditambah

3. Kombinasi sistem pressurized hydrant & sprinkler - tidak dibenarkan

4. Kombinasi sistem pressurized hydrant & hosereel - dibenarkan

5. Kombinasi sistem wet riser & sprinkler - tidak dibenarkan

6. Kombinasi sistem wet riser & pressurized hydrant - dibenarkan

Okla cukup untuk kali ini. jumpa lagi..

Thursday 13 June 2019

Keperluan Keselamatan Kebakaran Diluar Bahagian 7&8 UBBL

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai klausa lain yang berkaitan dan ada pertalian dengan keperluan-keperluan keselamatan kebakaran di dalam bahagian 7 dan 8 UBBL 1984. Secara umumnya keperluan sistem pasif dan aktif adalah berdasarkan bahagian 7 dan bahagian 8 ini. Semua rekabentuk perlu mematuhi peruntukan di dalamnya.



Klausa yang terbabit adalah seperti di bawah:-

1. UUK 52 - sesalur-sesalur untuk pancur kering dan basah dipasang secara berperingkat di bangunan yang sedang dibina melebihi 18.3m mengikut kemajuan pembinaan lantai

2. UUK 53 - bahan-bahan binaan yang digunakan

3. UUK 86 - dinding dua pihak

4. UUK 88 (b) - ceruk

5. UUK 99 -  kemudahan memasak dalam bangunan kediaman

6. UUK 100 - kemudahan memasak dalam rumah

7. UUK 101 - dandang, pendang, genahar dan pembekal dalam kilang

8. UUK 102 - bahan-bahan binaan yang dipasang bersampingan dengan corong asap

9. UUK 104 (2) - alas bagi gelegar di dinding

10. UUK 106 - dimensi tangga

11. UUK 108 - larian tangga maksimum

12. UUK 109 - anak tangga tirus

13. UUK 110 - tiada halangan pada tangga

14. UUK 111 - pencahayaan dan pengudaraan tangga

15. UUK 112 - kepungan tangga dalam tangga

16. UUK 113 - penggunaan tangga kayu

17. UUK 118 - pelongsor sampah dan cara lain bagi pembuangan sampah

18. UUK 119 - pertukaran kegunaan bangunan

So, sila lah semak keperluan ini yer.. Biasanya peruntukan undang-undang ni berkaitan dengan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan. Klausa yang berkaitan berkemungkinan berada di bahagian-bahagian lain juga. Okla lain kali saya sambung lagi. jumpa lagi..

Thursday 30 May 2019

Ketahanan Api

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai ketahanan api. Selak nota lama masa master dulu terjumpa info ni. So saya share kat sini.. Ketahanan api merupakan kemampuan elemen struktur untuk mengekalkan fungsinya bergantung kepada kesannya kepada haba iaitu ketahanan api. Kebiasaannya diukur berdasarkan masa iaitu dalam minit atau jam. Ketahanan api setiap komponen diukur melalui keupayaan melawan kebakaran - load bearing capacity, integrity dan insulating.


Antara bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan sesebuah bangunan adalah kayu, simen, konkrit, batu bata, logam, kaca, plastik dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan mengalami pelbagai perubahan sewaktu berlakunya kebakaran serta ianya akan memberi kesan dalam kemerebakan kebakaran..

a) Kayu (timber) - mempunyai daya pengaliran haba yang rendah dan kelambatan kadar kebakaran bergantung kepada jenis kayu. Biasanya ia akan mula terbakar pada suhu 350 darjah celcius

b) Batu bata - mempunyai daya pengaliran haba yang rendah dan hampir mencapai taraf fire proof jika semua batu dan bahan organik dikeluarkan. Batu bata yang panas akan luluh atau retak apabila disejukkan dengan pancutan air secara tiba-tiba

c) Konkrit - campuran batu, simen, air dan pasir serta diperkukuhkan dengan besi (reinforced concrete). Ia mengembang pada kadar yang pantas iaitu diantara 400-500 darjah celcius menyebabkan ia retak. Pada suhu 800 darjah celcius, simen akan luluh, jika pancutan air terkena padanya simen akan menyerap air dan mengembang dengan pantas. Ini akan menyebabkan keruntuhan di bahagian bangunan tersebut.

d) Batu - merupakan penebat haba yang baik tapi ketahanannya kurang berbanding batu bata kerana batu akan retak dan pecah bila terkena pancutan jet air semasa panas

e) Kaca - kadar pengaliran haba yang rendah dan pengembangan yang tidak sekata ia mudah retak dan pecah bila panas. Ia menjadi lebih tahan jika diperkukuhkan dengan jaring/wire mashing atau bilah jalur yang diperbuat daripada logam. Ini dinamakan electro copper glazing. Juga terdapat kaca yang tahan api. 

f) Besi - ketahanan akan berkurang dua pertiga jika terdedah kepada panas lebih daripada 600 darjah celcius. Jabatan bomba tidak menggalakkan penggunaan besi dalam pembinaan bangunan kecuali diberi perlindungan khas.

g) Aluminium/aloi - bahan akan kehilangan kekuatan dengan pantas bila dipanaskan pada suhu 100-225 darjah celcius. Mempunyai kadar pengembangan yang tinggi (dua kali ganda dari keluli). Kadar pengaliran haba yang tinggi (tiga kali ganda dari keluli) dan takat lebur amat rendah. Ia mempunyai beberapa kelebihan :-
i) mengurangkan keberatan struktur
ii) tidak berkarat
iii) mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding keberatan

h) Building board - jenis building board yang biasa digunakan untuk membuat siling/dinding ialah fibre board, plaster board, asbestos board, plywood board dan plastic board. Daya rintangan api bagi building board ini bergantung pada jenis bahan, tebalnya dan cara pemasangannya.

Oklah, cukup untuk kali ini. jumpa lagi..

Monday 27 May 2019

Panduan Semakan Pelan

Salam sejahtera..

Sudah agak lama saya tidak update blog ni atas faktor kekangan masa dan kesibukan kerja. Kali ni saya dapat curi sedikit masa. So, saya akan share tentang 'quick reference guide to compliance with UBBL'. 

Actually bila nak semak sesuatu pelan ni, kita perlu teliti. Perlu ada 'technical skill'.. hehe. Semua ni perlu dipelajari melalui pembacaan dan perbincangan yang berterusan. Barulah kita akan expert. Cara paling mudah untuk jadi expert ialah perbincangan bersama arkitek dan konsultan di kaunter. Biasanya mereka akan datang membawa masalah mengenai design. Cuba elakkan memberi keputusan yang anda tidak pasti. Jangan malu mengaku kita tak tahu. Rujuklah pegawai yang lebih lama dan berpengalaman. Lama-kelamaan anda akan menjadi expert.

Secara umumnya bila nak semak sesuatu pelan arkitektural, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian. Perkara-perkara tersebut termasuklah:-

1) perkara pokok yang pertama sekali yg perlu diketahui ialah kumpulan maksud (jadual kelima)
2) volume building untuk penentuan akses perkakas bomba
3) pemetakan
4) hitungan had yang dibenarkan bagi kawasan tak terlindung (jadual keenam)
5) had jalan mati dan jarak perjalanan (jadual ketujuh)
6) beban pendudukan (jadual ketujuh)
7) pengudaraan
8) penempatan sistem fire fighting
9) lobi menentang kebakaran
10) dan lain-lain

Kalau nak cerita bab teknikal memang susah dalam bentuk penulisan. Kena berguru.. hehe.. okla lain kali kita sambung lagi. selamat berbuka bagi yang berpuasa.. :)

Thursday 7 February 2019

Buku Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba (akta 341) & Liabiliti Penghuni

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya ingin mempromosikan 'Buku Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba (akta 341) & Liabiliti Penghuni'. Untuk pengetahuan semua, saya hanya menulis satu bab sahaja dalam buku ini iaitu bab 5. Persoalan sekarang siapa yang perlu memiliki buku ini? 




Buku ini sesuai dimiliki jurutera, arkitek, peguam, kontraktor, pemilik bangunan, pengurus bangunan, pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan sekolah, pengurusan asrama, pengusaha hotel dan penginapan, pemunya premis ditetapkan, pegawai bomba, pelajar dan sesiapa yang ingin mengetahui tentang konsep asas sains api, asas undang-undang bangunan, konsep keselamatan kebakaran, hak-hak di bawah undang-undang sivil (tort) khususnya dalam kes kebakaran, penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah akta perkhidmatan bomba 1988. 


Jika anda seorang usahawan yang ingin membina bangunan perniagaan, buku ini juga menjelaskan keperluan yang dikemukakan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi tujuan kelulusan dan perakuan. Buku ini Memberikan maklumat asas kepada usahawan terutama sekali bagi tujuan pematuhan kepada undang-undang kecil bangunan seragam 1984. Jika anda seorang pengurus atau pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan buku ini mengandungi maklumat tentang pengawasan kebakaran. Buku ini turut memuatkan perlaksanaan penguatkuasaan ke atas bangunan melalui pemeriksaan penghapusan bahaya kebakaran dan perakuan bomba. Jika anda seorang pemunya premis ditetapkan buku ini menjelaskan tentang keperluan-keperluan bagi mendapatkan sijil perakuan bomba bagi sesebuah bangunan.

Kepada yang berminat memiliki buku ini boleh hubungi saya di talian 019-3852746. Bagi yang berminat untuk menjadi wakil jualan, harga special akan diberikan. Sepanjang bulan Februari 2019 masih lagi harga promosi iaitu RM60 bagi sebuah buku tidak termasuk kos penghantaran.

Di akhir kata, dapatkan segera buku ini kerana ia sangat bersesuaian dengan kita semua.. sampai berjumpa lagi di lain masa.. 

Wednesday 3 October 2018

Struktur Super Mega ( Performance Based Approach)


Salam sejahtera..

Sementara menunggu kelas teknikal 101 kesalahan yang dilakukan oleh arkitek mula pada pukul 8.30 nanti, lebih baik saya menulis. Jadi dalam masa yang singkat ini, saya akan berkongsi mengenai PBA atau struktur super mega (performance based approach). Untuk pengetahuan semua, lukisan PBA ini akan diproses dan disemak di peringkat Ibupejabat JBPM Putrajaya. Tapi arkitek perlu mendapatkan kelulusan diperingkat negeri terlebih dahulu sebelum ke peringkat JBPM Putrajaya. 

Secara umumnya semua pelan yang dikemukakan ke jabatan bomba akan diproses oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran berpandukan kepada UBBL 1984 bagi menetapkan syarat-syarat keselamatan sama ada dari sudut pasif atau aktif. Tidak terkecuali juga bagi projek-projek berstatus mega.

Semua syarat-syarat tersebut merupakan syarat-syarat ‘prescriptive’ di mana ia menetapkan secara objektif semua syarat-syarat keselamatan kebakaran seperti pemetakan, jarak perjalanan, takat kemerebakan api, ketinggian bangunan dan penggunaan bahan binaan. Ia juga menetapkan secara objektif rekabentuk sistem pemadaman aktif sama ada secara automatik atau manual. Oleh kerana semua keperluan ‘prescriptive’ ini terlalu objektif, ia telah menghadkan pembinaan bangunan atau projek tersebut kepada saiz-saiz dan ketinggian tertentu.

Pada masa ini, terdapat beberapa projek mega yang dibina oleh pemaju yang mempunyai saiz, keluasan dan ketinggian serta rekabentuk yang unik dan melebihi syarat-syarat kebombaan yang ditentukan oleh UBBL 1984. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah ‘performance based fire safety engineering design’ telah diguna pakai. Sistem kebombaan akan direkabentuk secara ‘performance base fire safety engineering’.

Sistem ini adalah alternatif kepada keperluan-keperluan ‘prescriptive’ yang ditentukan oleh UBBL 1984 atau lain-lain piawaian. Ia digunakan bagi merekabentuk melalui ‘engineering system’ semua syarat-syarat keselamatan sama ada pasif ataupun aktif seperti  berikut :-

  1. Beban pendudukan
  2. Jarak perjalanan dan had jalan mati
  3. Penghapusan pemetakan
  4. Sistem pengurusan asap
  5. Sistem pemadaman aktif


Beberapa pendekatan telah diguna pakai seperti simulasi komputer seperti ‘computational fluid dynamic (CFD) fire risk assessment’ dan ‘design fire scenarios’ bagi menyelesaikan beberapa masalah keselamatan kebakaran sama ada secara ‘qualitative’ ataupun ‘quantitative’.

okla cukup untuk kali ini. lain kali kita jumpa lagi :)

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...