Passive and active system in the buildings

Friday 29 June 2018

Pemetakan (compartmentation)

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai pemetakan. Pemetakan secara amnya termasuk di dalam rekabentuk bangunan untuk menghadkan kemerebakan api dan asap. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemetakan ini? Menurut UUK 133, petak ertinya mana-mana bahagian sesuatu bangunan yang diasingkan daripada semua bahagian lain oleh satu atau lebih dinding pangsa atau lantai petak atau oleh kedua-duanya dinding dan lantai tersebut; dan bagi maksud-maksud bahagian ini, jika mana-mana bahagian tingkat atas atau sesuatu bangunan adalah dalam suatu petak, petak itu hendaklah juga termasuk sesuatu ruang bumbung di atas mana-mana bahagian tingkat atas itu.

Konsep pemetakan termasuklah:-

1. Merupakan satu perancangan bagi membendung, mengawal dan melambatkan kemerebakan api, asap dan haba, antara dua atau di dalam sesuatu bangunan

2. Pembinaan dinding dan lantai petak juga dapat menghadkan isipadu dan keluasan lantai bagi kegunaan yang tertentu berdasarkan kepada risiko kebakaran.

Fungsi pemetakan ialah :-

1. Menghadkan isipadu dan keluasan lantai

2. Mengasingkan kawasan berisiko tinggi

3. Menghadkan kemerebakan api dalam bangunan yang terbakar

4. Menjadikan kepungan dan bagi pelepasan diri

Sekarang ini kita sudah tahu mengenai konsep dan fungsi pemetakan. Mari kita lihat pula apakah faktor yang memberi kesan kepada pemetakan. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :-

1. Beban pendudukan

2. Jenis atau kategori bangunan

3. Beban api

4. Ketinggian

5. Sistem aktif

Mengikut peruntukan di dalam UUK 136, semua bangunan kecuali bangunan satu tingkat daripada kumpulan maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kelima perlu mengadakan pemetakan. Tetapi dalam Jadual Kelima juga menyatakan bagi bangunan satu tingkat, bangunan bagi kumpulan maksud II (Institusional) dan III (Kediaman lain) perlu juga mengadakan pemetakan.


Dalam menentukan had ukuran pemetakan ianya berdasarkan kepada kumpulan maksud dan ketinggian bangunan. Had ukuran pemetakan yang diperlukan adalah berdasarkan :-

i. Keluasan lantai tingkat dalam bangunan atau petak

ii. Keupayaan isipadu satu tingkat atau petak

iii. Atau kedua-duanya sekali

Sebenarnya banyak lagi skop yang perlu dilihat dan diperinci dalam menentukan keperluan pemetakan ini. Tapi untuk post kali ini kita berhenti sampai sini dulu. Jumpa lagi di lain kali...

Friday 22 June 2018

Pearls Of Wisdom



Love starts with a smile, grows with a kiss,
 and ends with a tear.


Don't cry over anyone who won't cry over you.


Good friends are hard to find, harder to leave,
 and impossible to forget.


You can only go as far as you push.


Actions speak louder than words.


The hardest thing to do is watch the one you love,
 love somebody else.


Don't let the past hold you back, you're missing the good stuff.


Life's short. If you don't look around once in a while
 you might miss it.


A BEST FRIEND is like a four leaf clover,
 HARD TO FIND and LUCKY TO HAVE.


Some people make the world SPECIAL just by being in it.


BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us.


When it hurts to look back, and you're scared to look ahead,
you can look beside you and your BEST FRIEND will be there.


TRUE FRIENDSHIP"NEVER" ENDS...Friends are FOREVER.


Good friends are like shooting stars....You don't always see them, but
you know they are always there.


Don't frown...
You never know who is falling in love
 with your smile.


What do you do when the only person who can make you stopcrying 
is the person who made you cry?


Nobody is perfect until you fall in love with them.
  

Everything is okay in the end...
 If it's not okay, then it's not the end.


Most people walk in and out of your life,
 but only friends leave footprints in your heart.


Wednesday 13 June 2018

Susur Tangan (Handrails)

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai keperluan susur tangan pada tangga keselamatan. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah perkara kecil tapi percayalah dalam keadaan kecemasan, susur tangan ini akan menjadi elemen yang sangat penting.




Menurut UUK 107 UBBL 1984..

(1) Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangga

(2) Tangga yang lebarnya lebih daripada 2225 milimeter hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2225 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sama

(3) Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebi

(4) Semua susur tangan hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 100 milimeter daripada permukaan dinding kemas dan hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter dan tidak lebih daripada 900 milimeter diukur daripada anjur jejak tangga dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada 900 milimeter daripada paras pelantar itu..


Oklah cukup untuk kali ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan maaf zahir & batin.. Jumpa lagi.

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...