Passive and active system in the buildings

Wednesday 16 May 2018

Akses Perkakas Bomba

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akses perkakas bomba. Keperluan atau kehendak mengadakan akses perkakas bomba jelas dinyatakan di bawah UUK 140, di mana semua bangunan yang isipadunya melebihi 7000 meter padu perlu disediakan akses bagi laluan jentera bomba. Akses perkakas bomba akan membolehkan jentera bomba masuk di dalam kawasan premis untuk melaksanakan kerja-kerja operasi penyelamatan dan pemadaman serta menangani mana-mana kejadian kecemasan dengan lebih cekap dan berkesan.

Menurut UUK 140, semua bangunan yang melebihi 7000 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter lebar dan boleh dimasuki oleh perkakas pasukan bomba. Kadar bangunan itu yang bersempadanan dengan jalan, lebuh atau kawasan terbuka hendaklah mengikut skala jadual di bawah.. 


Piawaian Malaysia juga ada menyatakan berkaitan dengan akses perkakas bomba iaitu MS 1489: Part 1: 1999 - Fire Extinguishing Installations and Equipment: Part 1: Hydrant Systems, Hose Reels and Foam Inlets yang berbunyi :-

“Access roads may be common highways, private roads, footpaths or specially strengthened and defined routes through the surrounding terrain and should have a minimum width of 6 meter and be capable of carrying a pumping appliance with a ‘laden weight’ of 26 tonnes. Any bends in access roads should be able to accommodate an appliance having a minimum turning circle of 17 m diameter. Minimum clearance height should 4.6 m and any gates should have a width of 4 m in the clear and be openable from either side. Unless adequate turning facilities already exists a suitable means to enable fire appliance to turn round should be provided”.

Jabatan bomba juga pernah mengeluarkan beberapa arahan berkaitan dengan akses perkakas bomba sebelum ini seperti :-

1) Arahan Ketua Pengarah 1985 : Garis Panduan Bagi Undang-Undang Seragam 1984 - Penjelasan keperluan mengadakan akses perkakas bomba dan kelebaran minima iaitu 6 meter

2) Arahan Pencegah Bil 5/99 : Mengadakan Garisan Akses Jentera Bomba di Premis-Premis -  Arahan mematuhi keperluan mengadakan akses perkakas bomba dan mengadakan tulisan "AKSES PERKAKAS BOMBA". Perkataan akses perkakas bomba hendaklah diwarnakan kuning seperti rajah di bawah :-

3) Arahan Ketua Pengarah 2005 : Garis Panduan Bagi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 - Penjelasan berkaitan dengan keperluan akses perkakas bomba UUK 140, UBBL 1984. Penjeasan berkaitan semua bangunan yang melebihi 700 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter lebar adalah seperti berikut :
Bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter dan; boleh dimasuki oleh perkakas bomba iaitu mengadakan akses perkakas bomba seperti rajah di bawah:-
Bagi premis komersial, jabatan bomba telah menetapkan keperluan-keperluan seperti berikut :-

1) Semua bangunan yang melebihi 7000 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 6 meter lebar dan boleh dimasuki oleh perkakas pasukan bomba.

2) Mengadakan tulisan sebagai peringatan untuk mengosongkan akses perkakas bomba dengan menyediakan tulisan "LALUAN JENTERA BOMBA - KOSONGKAN LALUAN" untuk bangunan komersial sahaja. Perkataan akses perkakas bomba hendaklah diwarnakan kuning. Saiz dan kedudukan tulisan yang perlu diadakan di atas akses perkakas bomba adalah seperti berikut :-
Manakala bagi kedudukan dan jumlah bahagian yang perlu diadakan di atas akses perkakas bomba adalah seperti berikut:-

3) Memasang papan tanda di sebelah kiri atau kanan jalan berbentuk papan tanda seperti di bawah :-
4) Boleh menanggung beban tidak kurang daripada 30 tan dan diturap serta mempunyai kecerunan nisbah tidak kurang 1:15

5) Mestilah bebas daripada apa-apa halangan yang boleh menjejaskan fungsi jalan tersebut. Bagi bangunan yang mempunyai bumbung untuk tujuan perlindungan hujan di kawasan pintu masuk utama ketinggian kelegaannya mestilah tidak kurang daripada 4.6 meter.

oklah, cukup untuk kali ini. jumpa lagi..

8 comments:

  1. Tuan,

    Harap tuan boleh memberi sedikit info untuk soalan berikut:

    Adakah UUK 140 kena dipatuhi untuk permis kilang yang menpunyai beberapa buah bangunan dalam satu plot tanah yang sama?

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  2. keperluan akses perkakas bomba adalah mengikut isipadu bangunan tanpa mengambil kira kategori bangunan. Jika dalam satu plot mempunyai lebih dari satu blok bangunan yang berasingan, maka keperluan akses dikira mengikut setiap satu bangunan tersebut..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih En.Azhar. Your blog is very helpful for me.

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    boleh tuan tunjuk contoh pengiraan?

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  5. UNTUK TANDA PERKAKAS BOMBA TU KENA CAT ATAS JALAN? KALAU LEBAR JALAN 6M, TULISANN TU 2 M X 1 M BEGITU BESAR?

    ReplyDelete
  6. salam tuan,
    untuk tulisan akses jentera bomba ada specific font atau spacing guideline?

    ReplyDelete

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...