Passive and active system in the buildings

Wednesday 28 February 2018

Bahaya Kebakaran

Salam satu malaysia...

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai 'Bahaya Kebakaran'.. Merujuk kepada seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), terdapat 6 jenis bahaya kebakaran. Saya akan huraikan satu persatu.

a) "apa-apa pengubahan menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku kebakaran pada materialnya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya jika pengubahan itu tidak dibuat"

Ayat undang-undang ini bermaksud jalan keluar yang sukar. Contohnya seperti di bawah:-

i. Mengunci pintu keluar semasa premis berpenghuni

ii. Mengubahsuai bangunan menyebabkan jarak perjalanan melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang

iii. Memasang jeriji besi pada laluan keluar atau tangga

iv. Meletakkan barang-barang pada ruangan tangga

b) "kesesakan mana-mana tempat hiburan awam atau perhimpunan awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang kesesakan di tempat perhimpunan. Contohnya :-

i) Menambahkan bilangan tempat duduk dalam panggung wayang yang melebihi hada yang dibenarkan. (rujuk UBBL 179)

ii. Pengunjung yang bersesak-sesak di sesebuah pub/disko/kelab malam pada hujung minggu atau majlis tertentu yang melebihi muatan kependudukan berdasarkan keluasan lantai. (rujuk UBBL 180)

c) "apa-apa pengalihan dari, atau tidak terdapatnya dalam, mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diadakan di dalam bangunan itu"

Ayat ini menerangkan tentang ketiadaan peralatan kebombaan atau sistem pepasangan keselamatan kebakaran. Contohnya :-

i. Merobohkan dinding pemisah (pemetakan) yang sedia ada

ii. Menanggalkan pintu api dan digantikan dengan pintu biasa

iii. Tiada lampu kecemasan dan tanda KELUAR

d) "adanya di dalam atau di luar mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran atau apa-apa kemudahan, yang dipasang mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang tidak berada dalam keadaan baik"

Ayat ini menerangkan tentang kemudahan peralatan kebombaan yang tidak berfungsi secara berkesan. Contohnya :-

hosereel / pili bomba / fire alarm system / CO2 system / telefon bomba / lif bomba / dan lain-lain sistem kebombaan tidak berfungsi atau rosak sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

e) "jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan perlindungan kepada orang sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang jalan keluar yang tidak mencukupi. Contohnya :-

i. Kegunaan asal adalah kedai pejabat tetapi ditukar guna menjadi pusat tuisyen atau sekolah swasta tanpa mengadakan tangga kedua

ii. Tangga telah dihalang / dikepung

iii. Tangga tambahan tidak dibina apabila premis dibesarkan

f) "apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang pada materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran, atau yang pada materialnya akan mengganggu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang perkara yang meningkatkan kebarangkalian berlaku kebakaran atau mengganggu khidmat kebombaan. Contohnya :-

i. Meletakkan silinder gas LPG pada laluan kecemasan dalam kuantiti yang banyak

ii. Menyimpan dan menjual gas LPG melebihi had yang dibenarkan

iii. Tidak mengepung ruang lobi lif dan tangga dengan dinding rintangan api

iv. Sistem isitekan tidak berfungsi

Sebenarnya banyak lagi bahaya kebakaran disekeliling kita. Apa yang diterangkan di sini merupakan antara contoh yang terlintas di kepala saya. hehe... okla sampai berjumpa lagi di lain sesi.. tq

Thursday 22 February 2018

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)

Salam satu malaysia..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akta 341. Akta ini merupakan suatu peruntukan undang-undang yang perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat berfungsi dengan berkesan dan cekap untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya. Sejarah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 adalah seperti berikut:

1976 - Draf awal kawalan keselamatan kebakaran

1980 - draf baru telah disediakan

27 Disember 1983 - Cantuman kedua-dua akta dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba

12 Disember 1988 - Diwartakan

1 Januari 1989 - Dikuatkuasakan

Akta 341 ini terbahagi kepada 9 Bahagian dan 63 Seksyen..

Bahagian I     - Permulaan
Bahagian II    - Pentadbiran
Bahagian III   - Penghapusan Bahaya Kebakaran
Bahagian IV   - Air dan Pili Bomba
Bahagian V     - Perakuan Bomba
Bahagian VI    - Penguatkuasaan
Bahagian VII   - Siasatan Tentang Kebakaran
Bahagian VIII  - Kumpulan Wang Kebajikan
Bahagian IX     - Pelbagai

Kuasa menjalankan kerja operasi adalah seperti berikut :-

Seksyen 18 - Kuasa pegawai bomba semasa kebakaran
Seksyen 19 - Kuasa pegawai bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran
Seksyen 20 - Perlindungan pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan
Seksyen 21 - Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada menentang kebakaran
Seksyen 60 - Kuasa memakai akta bagi vesel dan struktur boleh alih

Kuasa Penguatkuasaan Akta

Seksyen 38 - Kuasa untuk masuk
Seksyen 40 - Kuasa untuk menangkap tanpa waran
Seksyen 41 - Kuasa bagi penyiasatan
Seksyen 42 - Kuasa menghendaki kehadiran saksi
Seksyen 43 - Pemeriksaan saksi-saksi
Seksyen 44 - Perjalanan pendakwaan

Penguatkuasaan akta 341 ke atas premis :-

Penghapusan bahaya kebakaran ( sek 8 - 17)
Pengurangan risiko kebakaran ( sek 25 - 36)
Perlaksanaan perakuan bomba ( sek 28 - 36)
Penyiasatan kebakaran ( sek 5, 45 - 47)

Kesalahan di bawah Akta 341 :-

Seksyen 10 - Tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran

Seksyen 13(5) - Melanggar suatu perintah tutup

Seksyen 22(3) - Tidak mematuhi arahan supaya menyediakan kemudahan dan bekalan air untuk tujuan menentang kebakaran

Seksyen 23(1) - Tidak memaklumkan / memberi notis bagi melakukan kerja-kerja yang menjejaskan pili bomba

Seksyen 23(2) - Pili bomba tidak berada dalam keadaan baik selepas kerja-kerja dijalankan di bawah subseksyen (1)

Seksyen 25(2) - Enggan membenarkan pemasangan plat tempat pili bomba

Seksyen 26 - Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba

Seksyen 32(2) - Melakukan perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupuan kemudahan pelepasan  diri dll, ke atas premis ditetapkan tanpa pemberian notis dan ianya telah dilaksanakan

Seksyen 32(5) - Tidak mematuhi notis bagi memastikan kecukupan kemudahan pelepasan diri dll, akibat sesuatu perubahan keadaan

Seksyen 33 - Tiada perakuan bomba yang berkuatkuasa bagi premis ditetapkan

Seksyen 35 - Melanggar suatu perintah larangan atau menyekat penggunaan premis tertentu

Seksyen 35A - Melanggar perintah ketua pengarah bagi menghentikan apa-apa kegiatan yang berterusan yang menimbulkan bahaya kebakaran serta merta yang memudaratkan keselamatan nyawa dan harta

Seksyen 47 - Kehadiran tanpa kebenaran dalam premis yang telah diambil milik yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api

Seksyen 51 - Mengganggu pegawai-pegawai bomba dalam melaksanakan tugas-tugasnya

Seksyen 52 - Kegagalan mematuhi arahan pegawai diberikuasa

Seksyen 53 - Pemakaian pakaian seragam tanpa kebenaran

Seksyen 54 - Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu

Seksyen 55 - Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan penggera kebakaran

Seksyen 56 - Memberi laporan palsu mengenai kebakaran

Penalti Am

- Denda tidak melebihi RM5,000 atau
- penjara tidak melebihi 3 tahun atau
- denda dan penjara dan
- denda tambahan RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan..

Seksyen 35 - Perintah Larangan

- Denda tidak melebihi RM10,000 atau
- penjara tidak melebihi 5 tahun atau
- denda dan penjara dan
- denda tambahan RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan..

Okla cukup untuk kali ini.. lain kali kita sambung lagi.. jumpa lagi...

Friday 16 February 2018

Cara Pengiraan Beban Pendudukan

Salam satu malaysia..

Pada kali ini kita akan berkongsi mengenai cara pengiraan beban pendudukan dalam menentukan kelebaran tangga yang diperlukan dalam sesebuah bangunan.


Saya akan mengambil contoh sebuah bangunan pasaraya 4 tingkat. Saya akan menunjukkan berapa lebar tangga yang diperlukan di tingkat 1. Jadi secara automatik tingkat yang lain akan mempunyai lebar tangga yang sama. Perkara yang utama yang perlu diketahui ialah berapa keluasan pasaraya ini. Anggaran keluasan adalah seperti di bawah..

Merujuk UUK 176, cara pengiraan lebar tempat keluar adalah seperti di bawah:
a) hitungan keluasan bersih atau kasar lantai itu mengikut mana yang berkenaan
b) tentukan faktor beban pendudukan yang dibenarkan daripada jadual ketujuh
c) bahagikan keluasan lantai itu dengan bilangan meter persegi bagi seorang untuk menentukan bilangan orang yang mesti disediakan tempat keluar bagi tingkat itu
d) tentukan daripada jadual kapasiti bagi jenis tempat keluar yang hendak digunakan bagi kumpulan maksud yang direkabentuk itu
e) hitung bilangan unit lebar tempat keluar bagi setiap jenis tempat keluar yang digunakan berasaskan kepada kapasiti itu

Perkara lain yang perlu diambil kira ialah
a) satu unit lebar tangga ialah 550mm
b) minimum lebar tangga ialah 2 unit = 1.1 meter
c) satu tangga mesti dianggap tidak boleh digunakan

orait, jom kita kira berapa lebar tangga yang diperlukan untuk pasaraya ini.

a) Keluasan kasar lantai = 70x80 = 5600 meter persegi

b) Faktor beban pendudukan = 6 meter persegi (rujuk jadual ketujuh UBBL 1984)

c) Jumlah bilangan orang di tingkat tersebut
    = keluasan kasar lantai / faktor beban pendudukan
    = 5600 / 6
    = 933.3 orang

d) Muatan keluar seunit lebar tangga = 60 orang (rujuk jadual ketujuh)

e) Jumlah hitungan bilangan unit lebar tangga
    = jumlah bilangan orang di tingkat tersebut / muatan keluar seunit lebar tangga
    = 933.3 / 60
    = 15.5 unit

f) satu unit lebar tangga = 550 mm (jadual ketujuh)

g) minimum lebar tangga ialah 2 unit = 1.1 meter (jadual ketujuh)

h) Jumlah lebar tangga = 15.5 unit x 550 mm = 8,525 mm = 8.5 meter

Jadi, kesimpulannya seperti di bawah..


Orait, cukup untuk kali ini. lain kali kita jumpa lagi.. Happy CNY bagi mereka yang menyambutnya.. :)

Thursday 15 February 2018

Kepentingan Tanda KELUAR

Salam satu malaysia....

Kali ini saya akan bincangkan kepentingan tanda KELUAR ni.. Perkara ini mungkin remeh bagi sesetengah orang tapi sebenarnya ia amatlah penting terutama semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.

Semalam saya akan membuat pemeriksaan bangunan bagi tujuan pengeluaran CCC di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Seperti yang sedia maklum, rekabentuk dalaman hospital ni lebih kurang macam kota sesat. Sesiapa yang pernah tengok cerita maze runner akan tau apa yang saya maksudkan. Bezanya dalam cerita maze runner tidak ada sebarang tanda KELUAR.. hehe.. Saya percaya di hospital lain pun rekabentuknya lebih kurang sama.

Tanda KELUAR ni ada dua jenis iaitu tanda keluar yang biasa dan tanda keluar penunjuk arah. Masing-masing mempunyai tujuan yang tersendiri dan perletakannya perlulah betul bagi mengelakkan kekeliruan. Jika tersilap meletakkan tanda keluar ini, perkara yang buruk boleh berlaku.

Berbalik kepada isu hospital tadi, apa yang saya dapati ada terdapat kesilapan dalam perletakan tanda keluar ini. Kita kena ingat bahawa tanda KELUAR ini bertujuan untuk memandu kita sehingga ke luar bangunan. Saya sendiri hampir sesat bila nak keluar dari hospital semalam. Tanpa bantuan staff hospital mungkin saya akan ambil masa yang lebih lama untuk keluar atau keluar ke tempat lain. hehe..

So, kita kena ingat tempat perletakan yang betul untuk tanda keluar penunjuk arah adalah pada setiap selekoh untuk memandu kita ke arah tangga keselamatan atau keluar bangunan. Tanda keluar pula perlu diletakkan di setiap pintu keluar.

okla cukup untuk kali ini.. lain kali kita jumpa lagi. Di kesempatan ini saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk rakan-rakan yang menyambutnya.. jumpa lagi

Sunday 11 February 2018

Good Housekeeping (GH)






Salam satu malaysia..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai 'good housekeeping'.. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan 'good housekeeping' ini? Dalam konsep pengawalan kebakaran bermaksud mengasingkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api atau mengendalikannya dalam keadaan teratur dan selamat.

Persoalan sekarang mengapa kita perlu mengamalkan GH ini? Amalan GH ini perlu bagi mencapai perkara seperti di bawah:-

a) Mencegah kemalangan

b) Mencegah kebakaran

c) Persekitaran nyaman

d) Kebersihan persekitaran

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kebakaran berlaku? Jika kita memahami konsep segitiga kebakaran, kita akan faham bagaimana kebakaran itu boleh berlaku. Secara umumnya kebakaran boleh berlaku jika bahan mudah terbakar dibiarkan bersama dengan punca haba/api dalam udara yang beroksigen.



Bagaimana pula cara kita nak mengelakkan kebakaran ini dari berlaku? Kebakaran dapat dielakkan dengan mengasingkan dan memisahkan bahaya berkekalan dan dan bahan mudah terbakar. Atau dengan kata lain pisahkan salah  satu unsur segitiga kebakaran ini. Pasti kebakaran tidak akan berlaku.

Secara kesimpulannya GH ini boleh dicapai dengan mengamalkan konsep 5S. Konsep yang pada awalnya amat sukar dilakukan tetapi akan menjadi sangat mudah apabila sudah diamalkan.. hehe


Okla cukup untu kali ini.. lain kali kita sambung lagi.. jumpa lagi




Monday 5 February 2018

Kesalahan Arkitek Semasa Mengemukakan Drawing

Salam satu malaysia..

Pada kali ini kita akan berkongsi tentang kesalahan yang biasa arkitek buat semasa proses kelulusan pelan bangunan di jabatan bomba. Ini bukan untuk menunjukkan kelemahan arkitek tapi sebagai pedoman dan panduan supaya para arkitek yang lain tidak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang. Sebenarnya banyak kesalahan yang biasa dilakukan tetapi saya akan tunjukkan kesalahan yang biasa dan kerap dilakukan beserta keperluan UBBL yang sepatutnya..

1. Jarak antara pili bomba tidak boleh lebih 91.5 meter
- Rujuk undang-undang kecil 225 (UUK 225)

2. Sila pastikan skel yang diberikan sama seperti ukuran di dalam pelan
- Skel yang dibenarkan seperti UUK 9

3. Sila tunjukkan dengan jelas , 'fire appliance turn-around dimensions' pada pelan tapak
- Rujuk buku 'Guide to Fire Protection'

4. Pelan-pelan hendaklah ditandatangani
- Rujuk UUK 6

5. Sila kemukakan akses perkakas bomba
- Rujuk UUK 140

6. Semua lif hendaklah dibuka ke dalam lobi lif terlindung
- Rujuk UUK 152

7. Sila adakan hosereel pada setiap jarak 30 meter
- Rujuk MS 1489 Part 1: 1999 ~ hosereel coverage 800 meter persegi

8. Jarak lobi menentang kebakaran dengan titik paling jauh sekali tidak boleh lebih 45.75 meter
- Rujuk UUK 229

9. Sila adakan lif bomba pada pelan
- Rujuk UUK 243

10. Sila adakan sistem pemasangan tetap gas di bilik genset
- Rujuk UUK 235

11. Sila tandakan wet riser pada pelan dan hendaklah dibuka ke dalam lobi menentang kebakaran
- Rujuk UUK 231 & UUK 229

12. Semua lobi lif hendaklah dilengkapkan dengan pengesan asap
- Rujuk UUK 153

13. Jarak antara pintu keluar tingkat tidak boleh kurang dari 4.5 meter
- Rujuk UUK 167

14. Semua sistem kebombaan perlu diwarnakan merah
- Rujuk UUK 248

15. Sila atasi had jalan mati di pejabat
- Rujuk jadual ke 7 UBBL 1984

16. Sila adakan tanda 'KELUAR" pada setiap jalan keluar keselamatan
- Rujuk UUK 172

17. Pastikan jarak antara tangga keselamatan tidak kurang 5 meter
- Rujuk UUK 174

18. Tiada sesuatu jalan keluar boleh dikurangkan lebarnya sepanjang laluan perjalanannya
- Rujuk UUK 169

19. Sila pastikan hayunan pintu keluar tidak menjejaskan pelantar tangga
- Rujuk UUK 168

20. Jalan keluar terakhir hendaklah dibuka terus ke luar bangunan
- Rujuk UUK 174

21. Luas lobi menentang kebakaran tidak boleh kurang 5.57 meter persegi
- Rujuk UUK 229

22. Sila tunjukkan dengan jelas pemetakan di void
- Rujuk UUK 137

23. Sila adakan deflector wall 450mm
- Rujuk UUK 194

24. Adakan pengadang api sama ada secara menegak atau mendatar
_Rujuk UUK 149

25. Sila nyatakan dengan jelas tambahan dan perubahan yang dibuat
- Rujuk UUK 14

Banyak lagi sebenarnya kalau nak taip di sini. Yang selebihnya boleh join class saya.. haha.. Okla cukup untuk kali ini.. jumpa lagi..

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...