Passive and active system in the buildings

Friday 6 April 2018

Sistem Pancur Basah (Wet Riser System)

Salam satu malaysia..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai Sistem pancur Basah. Dari segi definasi, sistem pancur basah merupakan sesalur yang direkabentuk dan dipasang menegak dalam sesuatu bangunan, yang mengandungi air bertekanan untuk menentang dan melawan kebakaran dalam sesebuah bangunan.


Menurut UUK 229, bangunan-bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3 meter di atas paras akses perkakas bomba hendaklah dilengkapkan dengan cara mendapatkan akses dan menentang kebakaran daripada  dalam bangunan itu yang terdiri daripada ruang akses menentang kebakaran, tangga menentang kebakaran, lif bomba dan sistem pancur kering atau basah. 


Menurut UUK 231..

(1), sistem pancur basah hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling tingginya adala lebih daripada 30.5 meter di atas paras akses perkakas bomba. 

(2) Suatu sambungan hos hendaklah disediakan dalam tiap-tiap ruang akses menentang kebakaran. 

(3) pancur basah hendaklah mempunyai diameter 152.4 mm pada minimumnya dan hendaklah diuji secara hidrostatik pada tekanan 50% lebih tinggi daripada tekanan kerja yang dikehendaki dan tidak kurang daripada 14 bar selam sekurang-kurangnya 24 jam.

(4) Tiap-tiap alir keluar pancur basah hendaklah mengandungi kupling segera 63.5 mm yang standard dipasang dengan hos yang diameternya tidak kurang daripada 38.1 mm dilengkapkan dengan suatu penakung daripada jenis yang diluluskan dan suatu muncung kabus yang boleh berubah

(5) Suatu pancur basah hendaklah disediakan di tiap-tiap tangga yang melanjut daripada paras tingkat bawah ke bumbung dan hendaklah dilengkapkan dengan alir keluar 63.5mm tiga hala dibahagian atas garisan bumbung itu

(6) Setiap peringkat pancur basah itu hendaklah tidak melebihi 61 meter, melainkan dibenarkan dengan nyata oleh K.P.P.B tetapi dalam mana-mana hal tidak melebihi 70.15 meter.

Keperluan pemasangan :-

1. Sistem pancur basah hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling tingginya adalah lebih daripada 30.5 meter tinggi dari paras akses perkakas bomba

2. Perlu disediakan pada setiap tangga yang melanjut daripada paras tingkat bawah ke bumbung dan dilengkapkan dengan alir keluar tiga hala di bahagian atas garis bumbung

3. Sistem pancur basah hendaklah dilanjutkan ke tingkat besmen jika kedalaman besmen melebihi 9 meter dari aras tanah

4. Sambungan hos hendaklah disediakan pada setiap tingkat

5. Sistem ini juga perlu dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu gulung hos dan nozzle spray & jet

6. Setiap peringkat pancur basah hendaklah tidak melebihi 61 meter kecuali dibenarkan dengan nyata oleh jabatan bomba tidak melebihi 70.15 meter

7. Jumlah sistem pancuran bergantung kepada keluasan lantai dan hendaklah ditempatkan supaya jarak perjalanan daripada tempat paling jauh sekali bagi tingkat itu tidak melebihi 45.75 meter

8. Bagi bangunan yang dalam pembinaan, pancur itu hendaklah dilanjutkan mengikut kemajuan binaan hingga ke takat 2 tingkat daripada tingkat paling tinggi yang sedang dibina dan jika tinggi yang dirancangkan bagi bangunan itu menghendaki  pemasangan sistem pancur basah,maka pam bomba, tangki storan air, dan sambungan sesalur air hendaklah disediakan bagi kegunaan pancur itu.

Komponan sistem pancur basah..

1. Injap alir masuk

2. Tangki bekalan air

3. Set pam

4. Pam starter panel

5. Sistem paip

6. Injap pelantar

7. Suis dan tolok tekanan



okla cukup untu kali ini.. lain kali kita berjumpa lagi..

6 comments:

  1. terima kasih tuan, tumpang share yee...

    ReplyDelete
  2. Bolehkan sistem pancur basah (wet riser) berkongsi dengan sistem gegelung hose (hose reel)

    ReplyDelete
  3. Saya mendapat soalan seperti ini daripada Pihak Bomba.
    1) Sila kemukakan pengiraan bagi setiap sistem yang diperlukan pada premis?

    ReplyDelete
  4. Setiap sistem kebombaan perlu ada pengiraan. Sebagai cth sistem hosereel. Max kapasiti tangki ialah 2000 gal. Pengiraan keperluan untuk hosereel pertama 500 gal. Seterusnya 250 gal untuk tambahan setiap hosereel.. pengiraan ni yg kena submit

    ReplyDelete

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...