Passive and active system in the buildings

Sunday 31 December 2017

Kategori Bangunan Dalam Kumpulan Maksud Jadual Kelima

Salam satu malaysia...

Sebelum ni kita ada berkongsi mengenai jadual kelima UBBL 1984 (kumpulan maksud). Ketetapan kumpulan maksud merupakan asas penting dalam menentukan kriteria dan keperluan laluan keluar dan jarak perjalanan..

Kita refresh sikit jenis kumpulan maksud dalam jadual kelima UBBL 1984.. Ada 8 kategori bangunan dalam kumpulan maksud mengikut jadual kelima iaitu:-

I) Kediaman kecil
II) Institusional
III) Kediaman lain
IV) Pejabat
V) Kedai
VI) Kilang
VII) Tempat perhimpunan
VIII) Storan dan am

Terdapat beberapa faktor dalam penetapan kumpulan maksud ini..

1) Sleeping risk

- rumah kediaman
- hotel
- hospital
- instiutusi

2) Non-familiarity

- temapat perhimpunan
- hotel
- kedai

3) Physical condition

- hospital
- rumah jagaan
-penjara

4) Occupancy density

- kompleks membeli belah
- hospital
- tempat perhimpunan

5) Fire load

- kilang
- gudang

6) Nature of process

- semua jenis bangunan

okla.. nanti sambung lagi.. c u soon...

Thursday 28 December 2017

Jadual Kelima UBBL 1984

Salam satu malaysia..

Perkongsian pada hari ini berkenaan Jadual kelima Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984). Sebelum kita tengok bab-bab lain dalam UBBL 1984 ini, perkara utama yang perlu kita tahu ialah apakah jenis bangunan yang hendak kita hasilkan. Jadi, jadual kelima ini merupakan ketetapan kumpulan maksud bagi bangunan. Jika kita sudah tahu jenis bangunan yang hendak dihasilkan, barulah kita tahu apa keperluan undang-undang untuk bangunan tersebut.

Dalam menetapkan kumpulan maksud, tiap-tiap bangunan atau petak hendaklah dianggap mengikut penggunaannya atau penggunaan yang dicadangkan sebagaimana digolongkan dalam salah satu kumpulan maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kelima UBBL 1984 (UUK 134). Jika sesuatu bangunan itu dibahagikan kepada petak yang diguna atau dicadang hendak digunakan untuk maksud-maksud berlainan, kumpulan maksud bagi setiap petak itu hendaklah ditentukan berasingan. Dengan syarat bahawa jika keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan atau petak, mengikut mana yang berkenaan, diguna atau dicadang hendak digunakan untuk lebih daripada satu maksud, hanya maksud utama penggunaan bangunan atau petak itu akan diambil kira apabila menentukan dalam kumpulan maksud mana ia digolongkan.

I) Kediaman kecil

Rumah atau tempat tinggal persendirian yang berasingan atau berkembar (tidak termasuk rumah pangsa atau rumah teres) yang tidak mengandungi lebih daripada
- (1) satu tingkat bawah;
- (2) satu tingkat atas; dan
- (3) satu tingkat bawah tanah atau tingkat-tingkat bawah tanah


II) Institusional

Hospital, sekolah atau pertubuhan lain yang serupa yang digunakan sebagai tempat kediaman bagi, atau bagi rawatan, menjaga atau menyenggara orang-orang yang menderita daripada ketidakupayaan disebabkan penyakit atau umur tua atau kecacatan fizikal atau mental atau di bawah umur 5 tahun, dimana orang-orang tersebut tidur dalam premis itu


III) Kediaman lain

Tempat tinggal bagi maksud kediaman selain daripada mana-mana premis yang terkandung dalam Kumpulan I dan II


IV) Pejabat

Pejabat, atau premis yang digunakan bagi maksud-maksud pentadbiran, kerja pengkeranian (termasuk menulis, simpankira, menyisih kertas, memfail, menaip, mempendua, mengira dengan mesin, melukis dan menyediakan bahan pengarang untuk penerbitan), mengendali wang dan talipon dan mengendalikan taligeraf


V) Kedai

Kedai, atau premis kedai, yang dengan ini bererti premis yang bukan sebuah kedai tetapi digunakan untuk menjalankan di situ tred runcit atau perniagaan ( termasuk jualan kepada orang awam makanan atau minuman untuk kegunaan segera, jualan runcit secara lelong, urusan meminjamkan buku atau makalah bagi maksud keuntungan, dan urusan tukang gunting atau mendandan rambut) dan premis di mana orang-orang awam dipelawa untuk menggunakannya bagi maksud menyerah hantar barang-barang mereka untuk dibaiki atau layanan lain bagi diri mereka sendiri menjalankan atau layanan barang-barang lain


VI) Kilang

Kilang ertinya semua premis sebagaimana ditafsirkan dalam seksyen 2 Akta Kilang dan Jentera 1967, tetapi tidak termasuk bangunan bangunan yang dikelaskan di bawah kumpulan maksud VIII Storan dam am


VII) Tempat Perhimpunan

Tempatan, sama ada awam atau persendirian yang digunakan bagi kehadiran orang ramai atau yang berkaitan dengan urusan sosial, rekreasi, pelajaran, perniagaan atau aktiviti-aktiviti lain mereka, dan tidak terkandung dalam kumpulan I hingga VI

VIII) Storan dan am

Tempat untuk menstor, mendeposit atau meletakkan barang dan bahan (termasuk kenderaan) dan mana-mana premis lain yang tidak terkandung dalam kumpulan I hingga VII

Fuhh... settle gak menaip.. haha.. so, bagi mereka yang berkenaan sila hadamkan kumpulan maksud ini dulu sebelum mula merekabentuk..

Wednesday 27 December 2017

Pemeriksaan Bangunan

Salam satu malaysia..

Kali ni kita akan kongsi tentang cara pegawai bomba membuat inspection sesebuah bangunan. Sebelum mengeluarkan CCC atau dulu dikenali sebagai CF. Dengan kata lain sijil layak menduduki.. Selepas CCC diperolehi barulah sesebuah bangunan itu boleh diduduki.

Proses ini bermula selepas pelan arkitektural dan M&E (jika perlu) disokong oleh Jabatan Bomba. Pihak PSP/SP perlu mengemukakan permohonan ke Jabatan Bomba untuk mendapatkan tarikh inspection. Pada tarikh tersebut semua orang yang terlibat perlu ada di bangunan yang hendak diperiksa..

Pada hari pemeriksaan, wakil arkitek dan consultant akan membentangkan keseluruhan projek kepada pegawai bomba yang hadir. Peringkat ini sangat penting kerana pegawai bomba yang hadir perlu tahu dan paham mengenai bangunan yang bakal diperiksa.. Setelah selesai barulah pemeriksaan dibuat .


Semasa pemeriksaan fizikal dibuat, semua sistem kebombaan akan diuji. dumulakan dengan sistem pam sehinggalah ke sistem hydrant. Semua sistem akan diuji satu persatu secara rawak.

                                               menguji pam sistem secara manual


                                                  menguji pam sistem secara automatik

                                          menguji sistem genset ( nyawa kedua bangunan)

                                                   menguji sistem fireman isolation swicth

                                                       menguji sistem pengesan asap

                                                     menguji sistem pancur basah

                                                 menguji sistem hydrant / pili bomba

Sebenarnya banyak lagi sistem lain yang perlu diuji. Semua ini adalah sebagai contoh sahaja. Kalau nak diceritakan di sini memang banyak sangat. Sebagai kesimpulan semua sistem yang diuji perlu berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Jika pegawai bomba yang hadir berpuas hati dengan semua sistem dan keadaan bangunan, CCC akan dikeluarkan dalam masa 7 hari. TQ

Tuesday 26 December 2017

Salam satu malaysia..

Hari ni i nak cerita mengenai my work di jabatan bomba kuala lumpur. Selepas berpindah dari jabatan bomba dan penyelamat negeri johor, bermulanya kehidupan baru di kuala lumpur dalam bahagian keselamatan kebakaran. Kerjaya di kuala lumpur bermula pada 1 mac 2011 setelah berkhidmat di johor hampir 6 tahun.

Bekerja di kuala lumpur bukan sesuatu yang mudah. Semuanya menjadi 2 kali ganda laju berbanding di johor. Tambahan pula bertugas di bahagian baru. Zero knowledge.. So i tetapkan kpi for myself selama 3 bulan untuk belajar asas UBBL 1984. Masa ni setiap kali arkitek atau consultant datang ke kaunter tuk bertanya mengenai by law i akan pergi terus tuk cuba menjawab persoalan yang dibawa. Mana mana persoalan yang tidak berjaya diselesaikan, i akan masuk ke dalam office bertanya pegawai yang lebih senior dan pergi semula ke kaunter tuk memberi jawapan yang sewajarnya.

By the way, my job spec kat sini ialah menyemak pelan arkitektural dan M&E supaya mematuhi keperluan undang-undang kecil bangunan seragam 1984 ( UBBL 1984). Perkara ini bukan mudah kerana perlu memahami undang undang dan piawaian yang berkaitan. Selepas pelan disokong oleh jabatan bomba, pihak PSP perlu memohon untuk membuat inspection pula bagi tujuan pengeluaran certificate of completion and compliance (CCC). Dulu dikenali sebagai CF iatu sijil layak menduduki.

So, kalau nak cerita mengenai UBBL 1984 memang akan memakan masa yang panjang sebab semuanya melibatkan teknikal. Menafsir undang-undang bukan perkara mudah. Jika 10 orang membaca UBBL mungkin akan menghasilkan 10 jenis huraian yang berbeza. Haha.. so keluar belajar la kan.. 😁😁

Cukuplah untuk kali ini. Lain kali i akan cerita macam mana nak semak pelan supaya mematuhi UBBL 1984.. kalau dah faham teknikal nanti lagi seronok.. jumpa lagi..

Saturday 23 December 2017

Latihan Kecemasan Kebakaran (Evacuation drill)


Salam satu malaysia..

Pengungsian bangunan bermaksud mengosongkan bangunan yang hanya melibatkan manusia sahaja iaitu keluar dari bangunan tersebut dan menuju ke tempat yang selamat semasa kecemasan atau kebakaran dengan menggunakan peralatan kecemasan yang ada dalam bangunan tersebut  seperti laluan kecemasan, pintu kecemasan, tangga keselamatan dan lain-lain lagi.

Pengungsian bangunan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :-

1. Total evacuation

- pengungsian jenis ini akan melibatkan semua penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut. Tidak seorang pun yang akan terkecuali.

2. Partial evacuation

- pengungsian jenis ini hanya akan melibatkan bahagian-bahagian tertentu sahaja yang telah dipilih dan tidak meliputi semua bahagian.

Objektif latihan kecemasan kebakaran..

- supaya penghuni-penghuni yang diancam oleh kebakaran boleh bertindak dengan tenang dan teratur
- supaya jalan laluan keluar dan tangga keselamatan digunakan mengikut kaedah yang dirancang
- supaya tidakan mengosongkan bangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur
- untuk melatih petugas-petugas kebakaran yang dilantik menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sempurna dan mengikut prosedur
- supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan peralatan kebombaan pada sesebuah bangunan tersebut..

Friday 22 December 2017

Jenis Pili Bomba

hi all...

hari ini kita berkongsi mengenai pili bomba pula.. Terdapat 2 jenis pili bomba iaitu pili bomba awam dan pili bomba persendirian/swasta.

Pili bomba awam :-

- disambung terus ke paip bekalan air
- tiada meter
- digunakan oleh jabatan bomba
- terdapat dimana-mana termnasuk kawasan bandar, perumahan , kampung dan lain-lain


Pili Bomba persendirian / swasta :-

- disambung terus ke paip bekalan air
- ada meter
- digunakan oleh jabatan bomba dan pasukan pencegahan kebakaran
- dilengkapkan dengan peti hos yang mengandungi 2 talian hos dan 1 nozzle
- terdapat di bangunan persendirian, kawasan kilang, kompleks dan lain-lain


Wednesday 20 December 2017

Tip Keselamatan Kebakaran

Tip Keselamatan Kebakaran
Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :
  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah.

Tuesday 19 December 2017

Fire Extinguishers

Salam satu Malaysia...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Really busy lately. So, for today i want to share about fire extinguisher atau alat pemadam api (APA)..

Terdapat 6 kelas kebakaran iaitu:-

Kelas A   - Kebakaran melibatkan pepejal atau bahan organik yang mana apabila terbakar akan       
                  mengujudkan bara yang menyala

Kelas B   - Kebakaran melibatkan cecair

Kelas C   - Kebakaran melibatkan gas atau liquefiable solid

Kelas D   - Kebakaran melibatkan logam

Kelas E   - Kebakaran melibatkan peralatan elektrik

Kelas F   - Kebakaran melibatkan lemak (fats) dan minyak masak

Apabila sesuatu premis atau lokasi itu telah dikenalpasti ianya dikategorikan sebagai mempunyai bahaya atau risiko Kelas A maka APA yang perlu diadakan juga dari Rating A juga.

** Formula perkiraan :

     Fire Rating = 0.065 x Luas Premis

Sebagai contoh sebuah bangunan satu tingkat dengan keluasan lantai (20x60) 1600 meter persegi, keperluan minima rating kelas A ialah:-

0.065 x 1600 = 104A

Oleh itu bilangan APA yang perlu diadakan ialah dengan jumlah rating 104A. Ianya boleh diadakan dalam pilihan berikut :-

- 8 unit x 13A APA = 104A
- 2 unit x 27A APA + 7 unit x 8A APA = 110A
- 4 unit x 27A APA = 108A
- 3 unit x 43A APA = 129A
- 1 unit x 43A + 5 unit x 13A APA = 108A

okla, lain kali sambung lagi.. c u soon..
   

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...