Passive and active system in the buildings

Monday 29 January 2018

Sistem Salur Bantu Mula

Salam satu malaysia...

Setelah melalui minggu yang sangat sibuk, hari ini saya berkesempatan update blog ni. So pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem salur bantu mula atau lebih dikenali dengan hose reel system..


Menurut UUK 133, pemasangan gelung hos (salur bantu mula) ertinya sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam dan gelung hos di sesuatu bangunan bagi mengadakan suatu cara tersedia yang dengannya pancutan air boleh ditujukan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi maksud menentang kebakaran mematuhi TAPB 402.101

Menurut UUK 225 (1), tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan dan memadam api dan dengan penggera kebakaran bersama-sama dengan tanda tempat keluar bercahaya mengikut kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh UBBL 1984. Sebagai contoh pejabat..

Komponen sistem terbahagi kepada hose reel, pam starter panel dan control, tangki dan paip..



hosereel

             
                                                                pam starter panel dan control

               

                                                                        tangki


                                                                              paip


Antara perkara yang perlu dipatuhi dalam merekabentuk sistem hosereel ialah :-

a) Mematuhi MS 1447 dari segi jarak coverage 30m atau bagi 800m2. (amalan jarak antara hosereel tidak boleh lebih 30m, cover semua tempat sama ada melibatkan partition atau tingkat)

b) Penempatan hendaklah di tempat yang sesuai pada setiap tingkat sepanjang laluan keluar atau sebelah pintu keluar atau tangga

c) Setiap hosereel hendaklah discharge minimum 30 l/min dengan jarak pancutan 6 meter

d) Rubber hose hendaklah mematuhi MS 1488 dengan panjangnya 30m dan diameter 25 mm

e) Pemasangan paip hendaklah diameter 50mm dengan tidak kurang dari 25mm pada tapping di hose drum

f) Paip hendaklah dari jenis galvanised iron class GI.B untuk above ground manakala dari jenis C bagi underground

g) Paip hendaklah dicatkan merah atau boleh dibenarkan hanya dicatkan pada bahagian elbows and tees

h) Terdiri daripada dua set pam iaitu duty dan stanby pam dari jenis sama ada kedua-duanya elektrik ataupun satunya dari jenis diesel enjin

i) Pengeluaran air hendaklah tidak kurang dari 2 bar setiap hosereel untuk 4 hosereel yang dibuka serentak

j) Pam boleh ditempatkan pada mana tempat yang sesuai yang terlindung dari cuaca panas, hujan dan banjir

okla cukup untuk kali ini. lain kali sambung lagi.. hehe

Monday 22 January 2018

Pemeriksaan dan Pengujian Sistem Sprinkler

Salam satu malaysia..

Hari ini baru berkesempatan update blog ni.. This two week memang sangat busy. So, kali ni saya akan berkongsi mengenai pemeriksaan dan pengujian sistem penyembur air automatik (sprinkler sistem). Lima perkara ini akan dibuat semasa menjalankan pemeriksaan dan pengujian sistem sprinkler ini iaitu :-

1. Visual inspection

2. Ujian pema secara manual dan automatik

3. Ujian pengeluaran dan tekanan air

4. Ujian alarm dan zoning

5. Ujian basah

But this time i will share about visual inspection only. What will we see are..

- Type of tank

- Capacity of water

- Compartmented

- Ball Float valve

- Overflow pipes

- Drain pipes

- Water level indicator

- 4 way breeching inlet

- Painted red / red band 200mm

- External cat ladder

- Access opening

- Water supply pipe

- RC plinth

- Water leaking

- Jockey, duty & standby pump

- Gate valve, strainer, flexible connection, check valve

- Pump plinth

- Pump starter panel

- Fuel supply (diesel)

- Batteries

- Pressure switches, pressure gauge, test valve

- Supply pipe and size

- Labeling, arrow (water flow)

- Leaking

- Type of pipe and size

- Header pipe

- Main stop valve, alarm valve, drain line with stop valve, water flow gauge and pressure gauge

- Stop valve should be locked in the open position

- Indication of flow of water

- Alarm gong operating

- Maximum number of sprinkler per installation

- Painting of pipe

- Pipe sleeves

- Fire seal

- Indication of flow of water

- Pipe hanger and support

- Labeling flow switch, test valve,butterfly valve (inside ceiling void)

-Number of sprinkler installed on range and distribution pipe

- Spacing of sprinkler head - area of coverage, distance between sprinklers to walls & partition

- and manu more....

Sebenarnya banyak lagi yang perlu diperhatikan secara visual semasa periksaan dijalankan. Jabatan bomba perlu memastikan semua in order sebelum memperaku pemeriksaan yang dibuat.. okla sampai bertemu lagi.. cukup untuk perkongsian kali ini.. tq

Wednesday 17 January 2018

Fire Door

Salam and good morning to everybody..

Today i will share about fire door. The requirements for fire door clearly stated in Uniform Building By Law 1984 (UBBL 1984).





By-Law 141 (2) (b)

An opening in a separating wall which is necessary as a means of escape from fire, if the opening is fitted with a door which has in respect of separating walls FRP (Fire Resistance Period) of not less than that required in this part.


By-Law 162

It stipulates that all opening in compartment and separating walls shall be protected with fire door having a FRP in accordance with the requirements for that wall specified in the Ninth Schedule of UBBL 1984.


By-Law 164 (1)

Stipulates that all fire doors shall be fitted with automatic door closer of the hydraulically spring operated type in the case of swing door and or wire rope and weight type in the case of sliding door.


By-Law 164 (2)

Double door rabbeted meeting stiles shall be provided with coordinating device to ensure that leaf close in proper sequence.



By-Law 173

All exits doors shall be openable from inside without the use of key or any special knowledge or effort.

By-Law 186 (1)

All doors used by the public as exit doors from any part of the place of assembly or leading to open air shall open only in the direction of exit.

By-Law 186 (2)

In a place of assembly all exits doors and doors through which the public pass on the way to the open air shall be without lock, bolts or other fastening while the public are in the building.

Based on MS 1073 Part 3 1996 Doorsets - Testing of Fire Resistant, all fire doors used in buildings shall be tested and passed together with the designated hardware. Door set means complete set inclusive of door leaf, frame, vision panel, in tumescent and ironmongeries [ lock set, automatic door closer, hinges, door selector, flush bolts, weathering strip, etc ]

Application of fire doors

a) Entrance doors to Fire Protected Staircases, passage way and/or ramps

b) Doors leading into individual fire protected residential occupancies

c) Entrance door to individual fire protected commercial occupancies

d) Institutional or assembly building - path of travel to exits

Other special purpose doors

i) Security fire doorset

ii) Armoured attack - resistance fire doorset

iii) Radiation shielding fire doors

iv) Pressure - resistant fire door

Orait, enough for today.. until we meet again.. c u soon..



Tuesday 16 January 2018

Dinding

Salam satu malaysia..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai dinding. Di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), terdapat beberapa jenis dinding iaitu :-

i. Dinding api

ii. Dinding dua pihak

iii. Dinding luar

iv. Dinding panel

v. Dinding sekat



Dinding Api (Fire Wall)

Menurut UUK 2, dinding api ertinya sesuatu dinding, yang bukan dinding dua pihak atau dinding luar, daripada bahan yang mempunyai ketahanan api sebagaimana dikehendaki di bawah Bahagian VII undang-undang kecil ini dan sama ada diguna atau dibina untuk digunakan bagi mengasingkan bangunan yang bersampingan atau mengasingkan bahagian-bahagian sesuatu bangunan dengan apa-apa cara yang boleh mencegah atau mengurangkan kemerebakan api daripada suatu bangunan ke suatu bangunan lain atau daripada suatu bahagian bangunan ke bahagian lain bangunan itu dan termasuklah dinding prosenium, dinding pangsa, dinding pengasing dan suatu struktur pelindung.


Dinding Dua Pihak (Party Wall)

Dinding dua pihak ertinya dinding yang menjadi sebahagian daripada sesuatu bangunan dan diguna atau dibina untuk digunakan bagi mengasingkan bangunan-bangunan bersampingan yang dipunyai oleh pemunya berlainan atau diduduki atau dibina di atas atau bersempadanan dengan sempadan bersama.


Dinding Luar (External Wall)

Dinding luar ertinya dinding luar sesuatu bangunan yang buka dinding dua pihak walaupun ianya bersampingan secara langsung dengan dinding sesuatu bangunan lain.


Dinding Panel (Panel Wall)

Dinding panel ertinya dinding tak bawa beban yang dipasang dalam suatu struktur berangka


Dinding Sekat (Partition)

Dinding sekat ertinya sesuatu dinding dalam yang bukan dinding dua pihak atau dinding luar

Sebenarnya kalau nak explain menganai dinding ni memang panjang lagi. kali ini saya bagi secara umum dulu. Dari segi tafsiran saja.. Banyak lagi isu bila bincang bab dinding ni. Dari segi tujuan, tempoh ketahanan api, bahan binaan dan lain-lain. okla, sehingga berjumpa lagi.. daa..


Monday 15 January 2018

Sistem CO2

Salam satu malaysia..

Kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem karbon dioksida (CO2). Sistem CO2 merupakan satu jenis sistem pemasangan tetap pemadaman kebakaran yang mendiscajkan gas karbon dioksida (CO2) secara automatik / manual untuk mengurangkan konsentrasi oksigen atau gas mudah terbakar atau kedua-duanya dalam udara sehingga ke takat pembakaran terhenti. Sistem CO2 hanya dibenarkan untuk dipasang pada tempat yang tiada penghuni.


Jenis pemasangan

1. Total Flooding

2. Local Application

3. Hand Hose Line

4. Standpipe System & Mobile Supply


Total Flooding

Sistem ini bertindak dengan mendiscajkan gas CO2 ke dalam satu ruang yang terkurung yang mengandungi hazard yang hendak dilindungi dengan cara membanjiri keseluruhan ruanh itu dengan gas CO2. Contohnya ialah bilik transformer. Pemasangan jenis ini sesuai untuk memadam api yang melibatkan kebakaran jenis permukaan (surface fire) yang melibatkan bahan pepejal, cecair dan gas serta kebakaran jenis dalaman (deep seated fire) yang melibatkan bahan pepejal (smoldering).

Local Application

Sistem ini bertindak dengan cara mendiscajkan gas CO2 terus ke atas material (hazard) yang terbakar. Contohnya komputer.

Hand Hose Line

Satu jenis sistem yang mengandungi gelung hose dan nozzle dan gas CO2 dibekalkan daripada tangki dan dipasangkan dengan paip yang tetap ke gelung hose dan boleh mengandungi beberapa gelung hose pada satu sistem ini.

 Standpipe System & Mobile Supply

Satu jenis sistem pemasangan tetap yang boleh merupakan jenis total flooding, local application atau hand hose line sistem tetapi tanpa gas CO2 dan disambungkan dengan tetap pada sistem tersebut. Gas CO2 boleh diangkut dari luar dan disambungkan kepada inlet masuk sistem jika perlu.

Sifat-sifat gas CO2

1. Tidak berwarna

2. Tidak berbau

3. Tidak beracun (mild toxic)

4. Bukan pengalir elektrik

5. 1.5 kali lebih berat daripada udara biasa

Pengeluaran gas CO2 yang terlalu banyak dalam sesuatu kawasan yang tertutup boleh menyebabkan daya penglihatan seseorang menjadi lemah serta kematian kepada manusia akibat kekurangan oksigen ( oxygen deficiency). Sekiranya gas CO2 discaj terus kepada seseorang, ia boleh menyebabkan orang itu pengsan, cedera pada mata dan telinga atau mati kerana tekanan yang kuat.

Orait... cukup untuk kali ini. next time kita jumpa lagi.. see u soon..

Friday 12 January 2018

Keluar Sign dan Lampu Kecemasan

Salam satu malaysia...

Dah lama x update blog ni. minggu ni banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan.. So, di pagi jumaat yang mulia ini saya akan berkongsi tentang tanda 'KELUAR dan lampu kecemasan. Nampak benda kecil je tapi amat penting semasa berlaku kebakaran. Seperti yang diketahui apabila berlaku kebakaran, bekalan elektrik akan terputus. Jadi dua elemen ini  akan memainkan peranan. Lampu kecemasan akan memandu kita ke arah tanda keluar dan tanda keluar akan memandu kita ke tangga keselamatan. Menerusi tangga keselamatan kita akan dibawa keluar bangunan dengan selamat..



UBBL 172 (1)

Pintu keluar tingkat dan akses kepada pintu keluar tersebut hendaklah ditanda dengan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mudah dan hendaklah tidak dilindungi oleh apa-apa perhiasan, perabot atau kelengkapan lain..

UBBL 172 (2)

Satu tanda bacaan 'KELUAR' dengan anak panah menunjukkan arah, hendaklah diletakkan di tiap-tiap tempat di mana arah perjalanan menuju ke pintu keluar terdekat sekali tidak kelihatan dengan serta merta.

UBBL 172 (3)

Tiap-tiap tanda keluar hendaklah mempunyai perkataan  'KELUAR' tidak kurang daripada 150 mm tinggi dan garis utama huruf-hurufnya tidak kurang daripada 18 mm lebar

UBBL 172 (4)

Semua tanda keluar hendaklah diterangi berterusan sepanjang tempoh pendudukan

UBBL 172 (5)

Tanda-tanda yang diterangi hendaklah dilengkapkan dengan dua lampu elektrik yang tidak kurang daripada 15 watt

Semua bangunan hendaklah diadakan tanda keluar kecuali bagi kumpulan maksud kediaman kecil. Tanda keluar hendaklah diadakan pada semua laluan melepaskan diri seperti di tangga, pintu keluar, lobi dan koridor yang berliku. Paling penting sekali Tanda keluar perlu mendapat surat kelulusan bahan daripada Jabatan Bomba.

Keperluan mengadakan Lampu kecemasan sepertimana dalam Jadual Kesepuluh UBBL 1984. Jarak antara lampu kecemasan ialah 12 meter persegi. lampu kecemasan hendaklah diadakan di lokasi seperti tangga, lobi, koridor, bilik pam, bilik lif motor dan bilik kawalan..

okla, cukup untuk kali ini.. lain kali kita jumpa lagi.. daaa..

Monday 8 January 2018

Smoke Jumper

Salam satu malaysia...

Hari ni saya nak bercerita mengenai keselamatan di udara.. hehe.. joking jer.. Kali ni saya nak mengimbau sedikit kenangan masa terjun payung dulu.. maklumlah dalam jabatan bomba ni banyak sangat peluang membuat aktiviti yang extreme. Salah satunya ialah terjun payung. So, setelah tidak berjaya dalam scuba, saya try terjun payung lak.. Alhamdulillah berjaya melepasi ujian pemilihan smoke jumpers... haha

Rupanya tidak semudah disangka. 3 hari sebelum dibenarkan terjun payung, stamina perlu dimantapkan terlebih dahulu. Masa ni la baru tahu langit tu tinggi rendah.. Memang muntah hijau masa ni.. hehe.. Latihan yang diberi betul-betul menguji fizikal dan mental.. Ni antara latihan yang perlu diharungi.. Bab berlari jangan cakap la.. memang kena berlari saja..



Setelah mengharungi 3 ari yang memenatkan ni, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa terjunan kali pertama semua orang dibekalkan dengan walkie talkie saja.. Semua arahan menerusi walkie talkie. Kat atas tu pandai-pandai la korang.. 





Bila masa nak terjun ni, memang niat nak tengok apa berlaku tu memang ada. Tapi setiap kali terjun tu juga mata tertutup. bila payung dan terbuka baru dapat buka mata.. sampai lah terjunan ke 12 baru berjaya buka mata.. seram.. haha.. selepas tu ok dah..


Sepanjang terjun payung ada juga kejadian yang diluar jangkaan dan antara kejadian yang paling ditakuti ialah payung tak kembang. Perkara ni memang berlaku di depan mata saya. Puas dah menjerit tapi tak mampu buat apa-apa. tapi beliau memang bernasib baik sebab pada ketinggian 1000 kaki payung emergency berjaya dibuka.. dan beliau tak sempat landing secara proper dan terus menghentam pokok. nasib baik cedera ringan jer..

Setelah berjaya melakukan semua terjunan, barulah layak memakai sayap di dada.. hehe..






Sunday 7 January 2018

OSC 1Submission

Salam satu malaysia..

Salah satu kriteria projek di DBKL ialah projek berskala kecil (OSC 1 Submission). Hanya kategori bangunan tertentu sahaja di bawah kategori ini iaitu:-

1. Kediaman kecil tidak melebihi 4 unit

2. Dewan serbaguna tidak melebihi 3 tingkat

3.  Tadika / Taska tidak melebihi 3 tingkat

4. Rumah kedai tidak melebihi 3 tingkat, fast food tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran perabot tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran kereta tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran alatan pejabat tidak melebihi 3 tingkat – jumlah keluasan lantai kurang 1000 meter persegi

5. Kilang tidak melebihi 3 tingkat

6.  Rumah ibadat

7. Rumah kelab tidak melebihi 3 tingkat

8. Bangunan kemudahan awam tidak melebihi 3 tingkat

9. Sub stesen TNB

10.  Gudang / Stor tidak melebihi 3 tingkat


BIL
KRITERIA PENILAIAN
KETERANGAN
1.
Pili Bomba
a)    Mengadakan pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba
b)    Pili bomba sediada hendaklah dalam jarak 91.5 meter dari bangunan cadangan dan berada dalam keadaan baik

2.
Akses Perkakas Bomba

a)    Mengadakan akses perkakas bomba dengan kelebaran tidak kurang 6 meter yang boleh menanggung beban 25 tan
b)    Kecerunan jalan akses perkakas bomba hendaklah tidak kurang 1:12

3.
Ketinggian Kelegaan
Ketinggian kelegaan hendaklah tidak kurang daripada 5 meter

4.
Pendawaian Elektrik
Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UUKBS 1984

5.
Elemen Struktur
Semua elemen struktur hendaklah mempunyai tempoh ketahanan api mengikut jadual kesembilan, UUKBS 1984

6.
Siling Bangunan
Penggunaan siling bangunan hendaklah menepati kehendak-kehendak UUKBS 1984 Jadual Kelapan

7.
Tangga Keselamatan
Semua tangga keselamatan hendaklah dikepung dengan tembok batu bata setebal 100mm atau bagi tangga jenis terbuka mematuhi UUKBS 1984

8.
Pintu Api
Adakan pintu api satu jam atau dua jam. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri dan tertutup rapat

9.
Dinding Bilik Setor
Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api 1 jam

10.
Lubong Perkhidmatan
Semua lubong perkhidmatan hendaklah ditutup disetiap tingkat dengan bahan ketahanan api dua jam

11.
Biik TNB/ Transformer
Semua bilik bagi penempatan pam bomba hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 4 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api dua jam

12.
Bilik Janakuasa
Semua bilik janakuasa hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 2 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api satu jam

13.
Dinding Dua Pihak
a)    Dinding dua pihak hendaklah dari jenis batu bata setebal 200mm jenis yang menanggung beban dan 100mm yang tidak menanggung beban.
b)    Dinding ini hendaklah dinaikkan 225mm melebihi paras bumbung atau mematuhi rekabentuk yang dipersetujui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

14.
Dinding Pembahagi Dalaman
Semua dinding pembahagi dalaman hendaklah dari jenis rintangan api ½ jam dan dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

15.
Dinding Pengasing
Dinding pengasing antara kilang dan pejabat hendaklah setebal 200mm dan dinaikkan hingga ke paras bumbung seperti yang ditandakan di dalam pelan

16.
Dinding Pembalik
Mengadakan dinding pembalik pada dinding yang mengepung tangga tunggal di pintu masuk utama sepanjang 450mm

17.
Ruangan Lobi Lif
Ruangan lobi lif hendaklah dibina dari bahan ketahanan api dua jam dan dilindungi dengan alat pengesan asap mengikut UUKBS 1984

18.
Saluran Bantu Mula
Adakan saluran bantu mula mengikut Piawaian Malaysia MS 1489 : Part 1 dan peruntukan dalam UUKBS 1984

19.
Penggera Kebakaran
Adakan penggera kebakaran jenis pecah kaca mengikut Piawaian Malaysia MS 1746 : Part 14 dan peruntukan dalam UUKBS 1984

20.
Lampu Tanda Keluar
Adakan lampu KELUAR kecemasan mengikut Piawaian Malaysia MS 985 pada tangga keselamatan dan laluan jalan keluar

21.
Lampu kecemasan
Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan

22.
Alat Pemadam Api Mudah Alih
Adakan alat pemadam api mudahalih yang bersesuaian mengikut Piawaian Malaysia MS 1539 : Part 3

23.
Sistem Pemasangan Tetap Gas
Adakan sistem pemasangan tetap gas mengikut Piawaian Malaysia berkaitan atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi bilik TNB, Transformer dan genset

24.
Peringatan
a)  Segala syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang dicatatkan di atas pelan maka hendaklah dirujuk ke jabatan ini untuk dikaji semula
b)  Segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan kebakaran hendaklah mematuhi UUKBS 1984 dan pertauran-pertauran yang diterima sahaja dan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
c)  Pengesahan pelan ini adalah tidak tertakluk kepada penyimpanan, penggunaan, pemerosesan dan penghasilan bahan berbahaya atau bahan kimia berbahaya setelah pelan disahkan maka pelan bangunan tersebut hendaklah dirujuk kembali ke jabatan ini untuk dikaji semula
d)  Pelan lukisan dan pengiraan bagi semua pemasangan tetap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jumlah pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah dua perenggu.






Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...