Passive and active system in the buildings

Thursday 29 March 2018

Sistem Pancur Kering (Dry Riser System)

Salam satu malaysia...

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem pancur kering. Menurut UUK 133 (tafsiran), sistem pancur kering ertinya sesuatu sesalur air tegak yang selalunya kering, daripada saiz yang berpatutan, dan dipasang dengan pili - air keluar yang boleh dipenuhi dengan air oleh pam-pam pihak berkuasa bomba melalui  alir masuk perkhidmatan dan mematuhi kehendak T.A.P.B 402.101


Keperluan sistem pancur kering ini ada tertulis di dalam UBBL 1984. Merujuk kepada UUK 229, bangunan-bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3 meter dia atas paras akses perkakas bomba hendaklah dilengkapkan dengan cara mendapatkan akses dan menentang kebakaran daripada dalam bangunan itu yang terdiri daripada ruang akses menentang kebakaran, tangga menentang kebakaran, lif bomba dan sistem pancur kering atau basah.


Menurut UUK 230 - pemasangan dan ujian sistem pancur kering..

(1) Sistem pancur kering hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3 meter tetapi kurang daripada 30.5 meter di atas paras akses perkakas bomba.


(2) Suatu sambungan hos hendaklah disediakan dalam setiap ruang akses menentang kebakaran

(3) Pancur kering hendaklah daripada paip-paip Kelas C pada minimumnya dengan pemasangan dan sambungan yang kekuatannya mencukupi untuk menahan takanan air 21 bar

(4) Pancur kering hendaklah diuji secara hidrostatik untu menahan tekanan tidak kurang daripada 14 bar selama 2 jam di hadapan pihak berkuasa bomba sebelum diterima

(5) Semua larian melintang sistem pancur kering hendaklah dicuramkan pada kadar 6.35 mm dalam 3.05 meter


(6) Pancur kering ini hendaklah mempunyai diameter tidak kurang daripada 102 mm bagi bangunan yang mana alir keluarnya yang tertinggi sekali adalah 22.875 meter atau kurang di atas alir masuk pam bomba dan tidak kurang daripada 152.4 mm diameter jika alir keluar yang tertinggi sekali adalah lebih tinggi daripada 22.875 meter di atas alir masuk pam itu

(7) Pancur kering yang 102 mm diameternya hendaklah dilengkapkan dengan alir masuk pam dua hala dan pancur kering yang 152.4 mm diameternya hendaklah dilengkapkan dengan alir masuk pam empat hala


okla cukup untuk kali ini.. jumpa lagi di lain post..

Wednesday 21 March 2018

Emergency Response Team (E.R.T)

Salam satu malaysia...

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai émergency response team'. Pasukan ini perlu ditubuhkan di setiap bangunan yang diduduki supaya setiap kali berlaku kebakaran atau kecemasan, mereka akan membantu semasa proses pengungsian bangunan. Pasukan ini akan dilatih oleh jabatan bomba dalam menghadapi sebarang kebakaran atau kecemasan. Secara tidak langsung semasa latihan pengungsian yang dibuat akan memberikan gambaran sebenar ketika berlaku kebakaran kepada penghuni di dalam bangunan tersebut.

Pasukan ERT ini perlu diberi latihan sekurang-kurangnya setahun sekali supaya mereka tahu tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran atau kecemasan. Antara objektif latihan ini ialah :-

i. Supaya penghuni-penghuni yang diancam oleh kebakaran boleh bertindak dengan tenang dan teratur

ii. Supaya jalan-jalan keluar keselamatan digunakan mengikut kaedah yang betul

iii. Supaya tindakan mengosongkan bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur

iv. Bertujuan melatih pasukan keselamatan kebakaran menjalankan tugas-tugas mengikut prosedur dan dilakukan dengan sempurna

v. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan peralatan kebombaan yang terdapat dalam sesebuah bangunan

Dalam persediaan mengadakan latihan, semua perkara berikut perlu ada :-

1. Menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak kebakaran yang terdiri daripada wakil-wakil pada tiap-tiap tingkat / bahagian

2. Jawatankuasa bertindak kebakaran terdiri daripada:-

- 1 x ketua insiden
- 1 x penolong ketua insiden
- ketua tingkat (floor warden)
- 1 x pasukan pemadam
- 1 x pasukan penyelamat
- 1 x historican / pencatit insiden

3. Menyediakan arahan-arahan untuk petugas-petugas

4. Menyediakan arahan-arahan umum untuk penghuni-penghuni bangunan

5. Menyediakan floor plan termasuk rancangan bertindak

6. Patikan jalan-jalan, laluan-laluan, pintu-pintu keluar kecemasan dan tangga-tangga keselamatan tidak dihalangi oleh sebarang halangan

7. Tentukan semua sistem kebombaan berfungsi

Dari segi peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan kebakaran termasuklah :-

i. Pastikan semua peralatan & perkakas kebombaan dalam keadaan baik

ii. Penyelenggaraan berkala dan berterusan

iii. Mengadakan latihan kecemasan kebakaran

iv. Memberitahu (raise alarm) jika ada kecemasan

v. Membantu penghuni semasa kecemasan

vi. Membantu jabatan bomba semasa kecemasan

Tanggungjawab penghuni semasa berlaku kebakaran atau kecemasan atau semasa latihan :-

i. Biasakan dengan jalan keluar keselamatan

ii. Beri perhatian kegunaan peralatan asas menentang kebakaran

iii. Peka dengan bunyi loceng kecemasan kebakaran

iv. Biasakan memaklumkan kepada rakan jika masuk dalam stor atau kawasan tertutup

v. Ikut arahan ketua tingkat insiden

vi. Gunakan tangga keselamatan semasa kecemasan

vii. Tuju ke tempat berkumpul

okla cukup untuk kali ini.. lain kali jumpa lagi.. Kepada yang yang bercuti berhati-hati di jalan raya.. :)

Monday 19 March 2018

Menyelamat Diri Daripada Kebakaran

Salam satu malaysia..
Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai cara menyelamat diri daripada kebakaran.. (sumber rujukan : website JBPM)
APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
  1. Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

i. JALAN KELUAR

Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran

ii. BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA

Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

iii. CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI

Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

iv. JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG

Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

v. ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL

Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

vi. MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP

Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.

Okla cukup untuk kali ini.. jumpa lagi..

.










Thursday 15 March 2018

Pengudaraan

Salam satu malaysia..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai pengudaraan. Pengudaraan merupakan proses mengubah atau menggantikan udara yang sediaada dengan udara yang lebih baik untuk mengawal suhu, menghilangkan kelembapan, bau serta asap. Ia adalah mekanisma penting bila berlaku sesuatu kebakaran. Ia juga meliputi proses pertukaran udara dari dalam ke luar dan juga dari luar ke dalam untuk mengawal kualiti udara. Kaedahnya boleh dibahagikan kepada beberapa cara iaitu semulajadi, mekanikal atau gabungan kedua-duanya.



Dari segi kepentingannya, pengudaraan yang baik dapat mengawal asap apabila berlakunya kebakaran. kesukarannya akan menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kemusnahan bangunan dan boleh mengelakkan berlakunya backdaft..

Tujuan pengudaraan..

Bagi perlindungan nyawa
- jalan keluar keselamatan (koridor, tangga & lobi) dapat digunakan dengan selamat
- memudahkan sewaktu menyelamatkan diri

Bagi perlindungan harta benda
- kemerebakan kebakaran dapat dikurangkan
- kerosakan akibat asap yang panas dapat dikurangkan
- proses untuk mencapai tahap flash over dapat dilewatkan

Bagi pegawai bomba
- menambahkan jarak penglihatan sewaktu operasi pemadaman
- memudahkan mengesan punca api

Pengudaraan secara semulajadi

i. Pengudaraan dari udara luar tanpa menggunakan kipas atau bantuan/penggunaan mekanikal lain

ii. Direalisasikan dengan bukaan tingkap atau lubang pada struktur sesuatu bangunan

iii. Terjadi bila ada perubahan udara tanpa menggunakan kaedah mekanikal

iv. Selalu terjadi dengan adanya bukaan tingkap tetapi juga berlaku bila terdapatnya perbezaan tekanan dan suhu di dalam bilik

Pengudaraan secara mekanikal

i. Pengudaraan menggunakan bantuan luar seperti kipas dan lain-lain sistem mekanikal

ii. Mengeluarkan asap yang tidak berkaitan dan menggantikan dengan udara yang bersih melalui tindakan mekanikal

iii. Penggunaan kipas bagi melaksanakan pertukaran udara serta menggalakkan aliran udara

iv. Bertindak dengan memberi tekanan negatif pada kawasan tertentu bagi memaksa pergerakan udara

okla cukup untu kali ini.. jumpa lagi...



Thursday 8 March 2018

Bahan Kimia Bahaya

Salam satu malaysia...

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai bahan kimia bahaya. Pada tahun 1942, terdapat lebih kurang 600,000 bahan atau kimia dalam dunia. Pada tahun 1955, terdapat lebih kurang 12 juta bahan kimia di dunia. Setiap tahun lebih kurang 300,000 bahan kimia baru dihasilkan dan dikeluarkan. Di Malaysia, semakin banyak kilang kimia berbahaya telah didirikan dan jumlahnya meningkat setiap tahun. 


Bahan kimia digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia kerana penggunaan bahan kimia dapat membantu untuk memperbaiki kehidupan seharian dan mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia. Walaupun dapat membantu memperbaiki kehidupan harian, sesetengah bahan kimia boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan manusia dan juga persekitaran. Ancaman ini boleh mendatangkan kesan akut atau kronik, yang mana penawarnya adalah hampir mustahil.
Antara beberapa contoh bahan kimia yang telah dibuktikan berbahaya kepada kesihatan melalui kajian adalah asbestos, benzene dan formaldehid. Agensi seperti The U.S. Department of Health and Human Services, the EPA, dan The International Agency for Research on Cancer (IARC) telah mengelaskan asbestos sebagai bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Di Malaysia, asbestos masih digunakan sebagai bahan binaan dan komponen kenderaan. Ini berpotensi untuk meningkatkan risiko penyakit seperti kanser paru-paru dan asbestosis kepada sekumpulan besar pekerja industri negara. Benzena pula, salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan polimer dan plastik, juga telah dikelasifikasikan sebagai bahan kimia karsinogen oleh agensi-agensi yang sama. Satu lagi bahan kimia yang baru dikelaskan sebagai karsinogen oleh IARC pada tahun 2011 ialah formaldehid, bahan kimia yang sering digunakan untuk menghasilkan bahan pelekat di negara ini. Jumlah pekerja yang terlibat dalam pembuatan dan pengendalian bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan adalah amat besar dan disebabkan itu, kebajikan mereka perlulah dititikberatkan. (rujuk website Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Terdapat 9 kelas bahan-bahan merbahaya iaitu bahan letupan, gas mudah terbakar, gas tidak terbakar dan tidan tidak beracun, gas beracun, cecair mudah terbakar, pepejal mudah terbakar, bahan pengoksidanan, bahan beracun dan berjangkit, bahan radioaktif, bahan penghakis dan lain-lain bahan merbahaya.. 



Setiap bahan kimia mempunyai hazchem kod sendiri. Pada hazchem kod ini kita akan dapat mengetahui kod tindakan kecemasan, no pengenalan bahan, no telefon nasihat pakar, simbol bahan dan nama syarikat.. Untuk mengetahui lebih terperinci kiat boleh rujuk MSDS..

Okla cukup untuk kali ini.. lain kali jumpa lagi.. :)

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...