Setelah melalui minggu yang sangat sibuk, hari ini saya berkesempatan update blog ni. So pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem salur bantu mula atau lebih dikenali dengan hose reel system..
Menurut UUK 133, pemasangan gelung hos (salur bantu mula) ertinya sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam dan gelung hos di sesuatu bangunan bagi mengadakan suatu cara tersedia yang dengannya pancutan air boleh ditujukan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi maksud menentang kebakaran mematuhi TAPB 402.101
Menurut UUK 225 (1), tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan dan memadam api dan dengan penggera kebakaran bersama-sama dengan tanda tempat keluar bercahaya mengikut kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh UBBL 1984. Sebagai contoh pejabat..
Komponen sistem terbahagi kepada hose reel, pam starter panel dan control, tangki dan paip..
hosereel
pam starter panel dan control
tangki
paip
Antara perkara yang perlu dipatuhi dalam merekabentuk sistem hosereel ialah :-
a) Mematuhi MS 1447 dari segi jarak coverage 30m atau bagi 800m2. (amalan jarak antara hosereel tidak boleh lebih 30m, cover semua tempat sama ada melibatkan partition atau tingkat)
b) Penempatan hendaklah di tempat yang sesuai pada setiap tingkat sepanjang laluan keluar atau sebelah pintu keluar atau tangga
c) Setiap hosereel hendaklah discharge minimum 30 l/min dengan jarak pancutan 6 meter
d) Rubber hose hendaklah mematuhi MS 1488 dengan panjangnya 30m dan diameter 25 mm
e) Pemasangan paip hendaklah diameter 50mm dengan tidak kurang dari 25mm pada tapping di hose drum
f) Paip hendaklah dari jenis galvanised iron class GI.B untuk above ground manakala dari jenis C bagi underground
g) Paip hendaklah dicatkan merah atau boleh dibenarkan hanya dicatkan pada bahagian elbows and tees
h) Terdiri daripada dua set pam iaitu duty dan stanby pam dari jenis sama ada kedua-duanya elektrik ataupun satunya dari jenis diesel enjin
i) Pengeluaran air hendaklah tidak kurang dari 2 bar setiap hosereel untuk 4 hosereel yang dibuka serentak
j) Pam boleh ditempatkan pada mana tempat yang sesuai yang terlindung dari cuaca panas, hujan dan banjir
okla cukup untuk kali ini. lain kali sambung lagi.. hehe