Salam satu malaysia..
Kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem karbon dioksida (CO2). Sistem CO2 merupakan satu jenis sistem pemasangan tetap pemadaman kebakaran yang mendiscajkan gas karbon dioksida (CO2) secara automatik / manual untuk mengurangkan konsentrasi oksigen atau gas mudah terbakar atau kedua-duanya dalam udara sehingga ke takat pembakaran terhenti. Sistem CO2 hanya dibenarkan untuk dipasang pada tempat yang tiada penghuni.
Jenis pemasangan
1. Total Flooding
2. Local Application
3. Hand Hose Line
4. Standpipe System & Mobile Supply
Total Flooding
Sistem ini bertindak dengan mendiscajkan gas CO2 ke dalam satu ruang yang terkurung yang mengandungi hazard yang hendak dilindungi dengan cara membanjiri keseluruhan ruanh itu dengan gas CO2. Contohnya ialah bilik transformer. Pemasangan jenis ini sesuai untuk memadam api yang melibatkan kebakaran jenis permukaan (surface fire) yang melibatkan bahan pepejal, cecair dan gas serta kebakaran jenis dalaman (deep seated fire) yang melibatkan bahan pepejal (smoldering).
Local Application
Sistem ini bertindak dengan cara mendiscajkan gas CO2 terus ke atas material (hazard) yang terbakar. Contohnya komputer.
Hand Hose Line
Satu jenis sistem yang mengandungi gelung hose dan nozzle dan gas CO2 dibekalkan daripada tangki dan dipasangkan dengan paip yang tetap ke gelung hose dan boleh mengandungi beberapa gelung hose pada satu sistem ini.
Standpipe System & Mobile Supply
Satu jenis sistem pemasangan tetap yang boleh merupakan jenis total flooding, local application atau hand hose line sistem tetapi tanpa gas CO2 dan disambungkan dengan tetap pada sistem tersebut. Gas CO2 boleh diangkut dari luar dan disambungkan kepada inlet masuk sistem jika perlu.
Sifat-sifat gas CO2
1. Tidak berwarna
2. Tidak berbau
3. Tidak beracun (mild toxic)
4. Bukan pengalir elektrik
5. 1.5 kali lebih berat daripada udara biasa
Pengeluaran gas CO2 yang terlalu banyak dalam sesuatu kawasan yang tertutup boleh menyebabkan daya penglihatan seseorang menjadi lemah serta kematian kepada manusia akibat kekurangan oksigen ( oxygen deficiency). Sekiranya gas CO2 discaj terus kepada seseorang, ia boleh menyebabkan orang itu pengsan, cedera pada mata dan telinga atau mati kerana tekanan yang kuat.
Orait... cukup untuk kali ini. next time kita jumpa lagi.. see u soon..
Fire Safety in building is taken to mean the protection of the occupants , property and environment from fire in buildings. Comprises of two major segments, Passive Fire Protection and Active Fire Protection.
Passive and active system in the buildings
Monday, 15 January 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info penting
Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...
-
Salam sejahtera.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akses perkakas bomba. Keperluan atau kehendak mengadakan akses perkakas bo...
-
Salam satu malaysia.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai Sistem pancur Basah. Dari segi definasi, sistem pancur basah merupakan s...
-
Salam satu malaysia... Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem pancur kering. Menurut UUK 133 (tafsiran), sistem pancur kering ...
No comments:
Post a Comment