Passive and active system in the buildings

Sunday, 7 January 2018

OSC 1Submission

Salam satu malaysia..

Salah satu kriteria projek di DBKL ialah projek berskala kecil (OSC 1 Submission). Hanya kategori bangunan tertentu sahaja di bawah kategori ini iaitu:-

1. Kediaman kecil tidak melebihi 4 unit

2. Dewan serbaguna tidak melebihi 3 tingkat

3.  Tadika / Taska tidak melebihi 3 tingkat

4. Rumah kedai tidak melebihi 3 tingkat, fast food tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran perabot tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran kereta tidak melebihi 3 tingkat, ruang pameran alatan pejabat tidak melebihi 3 tingkat – jumlah keluasan lantai kurang 1000 meter persegi

5. Kilang tidak melebihi 3 tingkat

6.  Rumah ibadat

7. Rumah kelab tidak melebihi 3 tingkat

8. Bangunan kemudahan awam tidak melebihi 3 tingkat

9. Sub stesen TNB

10.  Gudang / Stor tidak melebihi 3 tingkat


BIL
KRITERIA PENILAIAN
KETERANGAN
1.
Pili Bomba
a)    Mengadakan pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba
b)    Pili bomba sediada hendaklah dalam jarak 91.5 meter dari bangunan cadangan dan berada dalam keadaan baik

2.
Akses Perkakas Bomba

a)    Mengadakan akses perkakas bomba dengan kelebaran tidak kurang 6 meter yang boleh menanggung beban 25 tan
b)    Kecerunan jalan akses perkakas bomba hendaklah tidak kurang 1:12

3.
Ketinggian Kelegaan
Ketinggian kelegaan hendaklah tidak kurang daripada 5 meter

4.
Pendawaian Elektrik
Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UUKBS 1984

5.
Elemen Struktur
Semua elemen struktur hendaklah mempunyai tempoh ketahanan api mengikut jadual kesembilan, UUKBS 1984

6.
Siling Bangunan
Penggunaan siling bangunan hendaklah menepati kehendak-kehendak UUKBS 1984 Jadual Kelapan

7.
Tangga Keselamatan
Semua tangga keselamatan hendaklah dikepung dengan tembok batu bata setebal 100mm atau bagi tangga jenis terbuka mematuhi UUKBS 1984

8.
Pintu Api
Adakan pintu api satu jam atau dua jam. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri dan tertutup rapat

9.
Dinding Bilik Setor
Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api 1 jam

10.
Lubong Perkhidmatan
Semua lubong perkhidmatan hendaklah ditutup disetiap tingkat dengan bahan ketahanan api dua jam

11.
Biik TNB/ Transformer
Semua bilik bagi penempatan pam bomba hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 4 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api dua jam

12.
Bilik Janakuasa
Semua bilik janakuasa hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 2 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api satu jam

13.
Dinding Dua Pihak
a)    Dinding dua pihak hendaklah dari jenis batu bata setebal 200mm jenis yang menanggung beban dan 100mm yang tidak menanggung beban.
b)    Dinding ini hendaklah dinaikkan 225mm melebihi paras bumbung atau mematuhi rekabentuk yang dipersetujui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

14.
Dinding Pembahagi Dalaman
Semua dinding pembahagi dalaman hendaklah dari jenis rintangan api ½ jam dan dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

15.
Dinding Pengasing
Dinding pengasing antara kilang dan pejabat hendaklah setebal 200mm dan dinaikkan hingga ke paras bumbung seperti yang ditandakan di dalam pelan

16.
Dinding Pembalik
Mengadakan dinding pembalik pada dinding yang mengepung tangga tunggal di pintu masuk utama sepanjang 450mm

17.
Ruangan Lobi Lif
Ruangan lobi lif hendaklah dibina dari bahan ketahanan api dua jam dan dilindungi dengan alat pengesan asap mengikut UUKBS 1984

18.
Saluran Bantu Mula
Adakan saluran bantu mula mengikut Piawaian Malaysia MS 1489 : Part 1 dan peruntukan dalam UUKBS 1984

19.
Penggera Kebakaran
Adakan penggera kebakaran jenis pecah kaca mengikut Piawaian Malaysia MS 1746 : Part 14 dan peruntukan dalam UUKBS 1984

20.
Lampu Tanda Keluar
Adakan lampu KELUAR kecemasan mengikut Piawaian Malaysia MS 985 pada tangga keselamatan dan laluan jalan keluar

21.
Lampu kecemasan
Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan

22.
Alat Pemadam Api Mudah Alih
Adakan alat pemadam api mudahalih yang bersesuaian mengikut Piawaian Malaysia MS 1539 : Part 3

23.
Sistem Pemasangan Tetap Gas
Adakan sistem pemasangan tetap gas mengikut Piawaian Malaysia berkaitan atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi bilik TNB, Transformer dan genset

24.
Peringatan
a)  Segala syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang dicatatkan di atas pelan maka hendaklah dirujuk ke jabatan ini untuk dikaji semula
b)  Segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan kebakaran hendaklah mematuhi UUKBS 1984 dan pertauran-pertauran yang diterima sahaja dan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
c)  Pengesahan pelan ini adalah tidak tertakluk kepada penyimpanan, penggunaan, pemerosesan dan penghasilan bahan berbahaya atau bahan kimia berbahaya setelah pelan disahkan maka pelan bangunan tersebut hendaklah dirujuk kembali ke jabatan ini untuk dikaji semula
d)  Pelan lukisan dan pengiraan bagi semua pemasangan tetap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jumlah pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah dua perenggu.






No comments:

Post a Comment

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...