Passive and active system in the buildings

Monday, 8 January 2018

Smoke Jumper

Salam satu malaysia...

Hari ni saya nak bercerita mengenai keselamatan di udara.. hehe.. joking jer.. Kali ni saya nak mengimbau sedikit kenangan masa terjun payung dulu.. maklumlah dalam jabatan bomba ni banyak sangat peluang membuat aktiviti yang extreme. Salah satunya ialah terjun payung. So, setelah tidak berjaya dalam scuba, saya try terjun payung lak.. Alhamdulillah berjaya melepasi ujian pemilihan smoke jumpers... haha

Rupanya tidak semudah disangka. 3 hari sebelum dibenarkan terjun payung, stamina perlu dimantapkan terlebih dahulu. Masa ni la baru tahu langit tu tinggi rendah.. Memang muntah hijau masa ni.. hehe.. Latihan yang diberi betul-betul menguji fizikal dan mental.. Ni antara latihan yang perlu diharungi.. Bab berlari jangan cakap la.. memang kena berlari saja..



Setelah mengharungi 3 ari yang memenatkan ni, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa terjunan kali pertama semua orang dibekalkan dengan walkie talkie saja.. Semua arahan menerusi walkie talkie. Kat atas tu pandai-pandai la korang.. 





Bila masa nak terjun ni, memang niat nak tengok apa berlaku tu memang ada. Tapi setiap kali terjun tu juga mata tertutup. bila payung dan terbuka baru dapat buka mata.. sampai lah terjunan ke 12 baru berjaya buka mata.. seram.. haha.. selepas tu ok dah..


Sepanjang terjun payung ada juga kejadian yang diluar jangkaan dan antara kejadian yang paling ditakuti ialah payung tak kembang. Perkara ni memang berlaku di depan mata saya. Puas dah menjerit tapi tak mampu buat apa-apa. tapi beliau memang bernasib baik sebab pada ketinggian 1000 kaki payung emergency berjaya dibuka.. dan beliau tak sempat landing secara proper dan terus menghentam pokok. nasib baik cedera ringan jer..

Setelah berjaya melakukan semua terjunan, barulah layak memakai sayap di dada.. hehe..






2 comments:

  1. terbaaikk tuan...kepauasan yang tak terhingga lepas dpt mendarat kan....

    ReplyDelete

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...