Salam satu malaysia..
Hari ni i nak cerita mengenai my work di jabatan bomba kuala lumpur. Selepas berpindah dari jabatan bomba dan penyelamat negeri johor, bermulanya kehidupan baru di kuala lumpur dalam bahagian keselamatan kebakaran. Kerjaya di kuala lumpur bermula pada 1 mac 2011 setelah berkhidmat di johor hampir 6 tahun.
Bekerja di kuala lumpur bukan sesuatu yang mudah. Semuanya menjadi 2 kali ganda laju berbanding di johor. Tambahan pula bertugas di bahagian baru. Zero knowledge.. So i tetapkan kpi for myself selama 3 bulan untuk belajar asas UBBL 1984. Masa ni setiap kali arkitek atau consultant datang ke kaunter tuk bertanya mengenai by law i akan pergi terus tuk cuba menjawab persoalan yang dibawa. Mana mana persoalan yang tidak berjaya diselesaikan, i akan masuk ke dalam office bertanya pegawai yang lebih senior dan pergi semula ke kaunter tuk memberi jawapan yang sewajarnya.
By the way, my job spec kat sini ialah menyemak pelan arkitektural dan M&E supaya mematuhi keperluan undang-undang kecil bangunan seragam 1984 ( UBBL 1984). Perkara ini bukan mudah kerana perlu memahami undang undang dan piawaian yang berkaitan. Selepas pelan disokong oleh jabatan bomba, pihak PSP perlu memohon untuk membuat inspection pula bagi tujuan pengeluaran certificate of completion and compliance (CCC). Dulu dikenali sebagai CF iatu sijil layak menduduki.
So, kalau nak cerita mengenai UBBL 1984 memang akan memakan masa yang panjang sebab semuanya melibatkan teknikal. Menafsir undang-undang bukan perkara mudah. Jika 10 orang membaca UBBL mungkin akan menghasilkan 10 jenis huraian yang berbeza. Haha.. so keluar belajar la kan.. 😁😁
Cukuplah untuk kali ini. Lain kali i akan cerita macam mana nak semak pelan supaya mematuhi UBBL 1984.. kalau dah faham teknikal nanti lagi seronok.. jumpa lagi..
Fire Safety in building is taken to mean the protection of the occupants , property and environment from fire in buildings. Comprises of two major segments, Passive Fire Protection and Active Fire Protection.
Passive and active system in the buildings
Tuesday, 26 December 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info penting
Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...
-
Salam sejahtera.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akses perkakas bomba. Keperluan atau kehendak mengadakan akses perkakas bo...
-
Salam satu malaysia.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai Sistem pancur Basah. Dari segi definasi, sistem pancur basah merupakan s...
-
Salam satu malaysia... Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem pancur kering. Menurut UUK 133 (tafsiran), sistem pancur kering ...
No comments:
Post a Comment