Kali ni kita akan kongsi tentang cara pegawai bomba membuat inspection sesebuah bangunan. Sebelum mengeluarkan CCC atau dulu dikenali sebagai CF. Dengan kata lain sijil layak menduduki.. Selepas CCC diperolehi barulah sesebuah bangunan itu boleh diduduki.
Proses ini bermula selepas pelan arkitektural dan M&E (jika perlu) disokong oleh Jabatan Bomba. Pihak PSP/SP perlu mengemukakan permohonan ke Jabatan Bomba untuk mendapatkan tarikh inspection. Pada tarikh tersebut semua orang yang terlibat perlu ada di bangunan yang hendak diperiksa..
Pada hari pemeriksaan, wakil arkitek dan consultant akan membentangkan keseluruhan projek kepada pegawai bomba yang hadir. Peringkat ini sangat penting kerana pegawai bomba yang hadir perlu tahu dan paham mengenai bangunan yang bakal diperiksa.. Setelah selesai barulah pemeriksaan dibuat .
Semasa pemeriksaan fizikal dibuat, semua sistem kebombaan akan diuji. dumulakan dengan sistem pam sehinggalah ke sistem hydrant. Semua sistem akan diuji satu persatu secara rawak.
menguji pam sistem secara manual
menguji pam sistem secara automatik
menguji sistem genset ( nyawa kedua bangunan)
menguji sistem fireman isolation swicth
menguji sistem pengesan asap
menguji sistem pancur basah
menguji sistem hydrant / pili bomba
Sebenarnya banyak lagi sistem lain yang perlu diuji. Semua ini adalah sebagai contoh sahaja. Kalau nak diceritakan di sini memang banyak sangat. Sebagai kesimpulan semua sistem yang diuji perlu berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Jika pegawai bomba yang hadir berpuas hati dengan semua sistem dan keadaan bangunan, CCC akan dikeluarkan dalam masa 7 hari. TQ
menarik buat blog ni...membaca pun seronok.... tq for wujudkan blog ni...
ReplyDeletewelcome..
ReplyDeletebagaimana pula untuk bangunan yg berada dalam kategori ubahsuai "renovation", adakah semua sistem kebombaan akan diuji semula?
ReplyDeletekita hanya check bahagian ubahsuai sahaja.
DeleteTerima Kasih tuan atas pencerahan.
DeleteBerkenaan dengan post pemeriksaan bangunan ini, apakah kesalahan yang biasa terjadi semasa pemeriksaan? mohon juga jika tuan sudi untuk berkongsi tips-tips untuk menghadapi pemeriksaan bangunan "BOMBA Inspection".
Terima Kasih
bila nak bercerita mengenai kesalahan yang biasa terjadi di tapak pemeriksaan ni memang banyak. secara umumnya apabila site tidak sama dengan pelan yang telah diluluskan merupakan kesalahan.
Delete