Pada kali ini kita akan berkongsi mengenai cara pengiraan beban pendudukan dalam menentukan kelebaran tangga yang diperlukan dalam sesebuah bangunan.
Saya akan mengambil contoh sebuah bangunan pasaraya 4 tingkat. Saya akan menunjukkan berapa lebar tangga yang diperlukan di tingkat 1. Jadi secara automatik tingkat yang lain akan mempunyai lebar tangga yang sama. Perkara yang utama yang perlu diketahui ialah berapa keluasan pasaraya ini. Anggaran keluasan adalah seperti di bawah..
Merujuk UUK 176, cara pengiraan lebar tempat keluar adalah seperti di bawah:
a) hitungan keluasan bersih atau kasar lantai itu mengikut mana yang berkenaan
b) tentukan faktor beban pendudukan yang dibenarkan daripada jadual ketujuh
c) bahagikan keluasan lantai itu dengan bilangan meter persegi bagi seorang untuk menentukan bilangan orang yang mesti disediakan tempat keluar bagi tingkat itu
d) tentukan daripada jadual kapasiti bagi jenis tempat keluar yang hendak digunakan bagi kumpulan maksud yang direkabentuk itu
e) hitung bilangan unit lebar tempat keluar bagi setiap jenis tempat keluar yang digunakan berasaskan kepada kapasiti itu
Perkara lain yang perlu diambil kira ialah
a) satu unit lebar tangga ialah 550mm
b) minimum lebar tangga ialah 2 unit = 1.1 meter
c) satu tangga mesti dianggap tidak boleh digunakan
orait, jom kita kira berapa lebar tangga yang diperlukan untuk pasaraya ini.
a) Keluasan kasar lantai = 70x80 = 5600 meter persegi
b) Faktor beban pendudukan = 6 meter persegi (rujuk jadual ketujuh UBBL 1984)
c) Jumlah bilangan orang di tingkat tersebut
= keluasan kasar lantai / faktor beban pendudukan
= 5600 / 6
= 933.3 orang
d) Muatan keluar seunit lebar tangga = 60 orang (rujuk jadual ketujuh)
e) Jumlah hitungan bilangan unit lebar tangga
= jumlah bilangan orang di tingkat tersebut / muatan keluar seunit lebar tangga
= 933.3 / 60
= 15.5 unit
f) satu unit lebar tangga = 550 mm (jadual ketujuh)
g) minimum lebar tangga ialah 2 unit = 1.1 meter (jadual ketujuh)
h) Jumlah lebar tangga = 15.5 unit x 550 mm = 8,525 mm = 8.5 meter
Jadi, kesimpulannya seperti di bawah..
Terbaik tuan!
ReplyDeletetq
Deleteinfo yang sangat berguna untuk rujukan...boleh tak tuan include juga contoh pengiraan untuk yang lain-lain dalam keperluan submission bomba? (isipadu bangunan untuk penentuan akses, had pemetakan, had kawasan tak terlindung)...saya pasti, ramai yang masih tak faham
ReplyDeleteakan diusahakan.. tq
DeleteTerbaik tuan..
ReplyDeletesalam tuan...sy nak tanya...minimum kelebaran tangga tu...mcm mana tuan indicate minimum adalah dua unit?base on what in the 7th schedule?
ReplyDeleteBERPANDUKAN JADUAL KE-7 (HINTUNGAN BEBAN PENDUDUK DAN MUATAN PINTU KELUAR)
DeleteADA DINYATAKAN BAHAWA, UNIT (1) SELEBAR 550mm
Salam Tuan,
ReplyDeleteMohon ulas Jadual ke 6 UBKS 1984. TQ.
Tuan.... bagaimana mahu mengira tangga/jalan keluar untuk basement parking?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum tuan. saya dapat tahu jarak minimal antara dua tower adalah 6m . dalam by law brp yg state bnde ni ye tuan? terima kasih banyak tua
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM TUAN, MOHON PENJELASAN BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI KAEDAH MENYEMAK SYARAT PENGIRAAN UNTUK SISTEM SPRINKLER UNTUK ORDINARY HAZARD.
ReplyDeleteSALAM TUAN,
ReplyDeleteJIKA SALAH TOLONG PERBETULKAN SAYA...
MENGIKUT PENGIRAAN TUAN ADALAH SPT:
h) Jumlah lebar tangga = 15.5 unit x 550 mm = 8,525 mm = 8.5 meter
DAN DARI JUMLAH ITU IAITU 8,525mm AKAN DITAMBAH (+) 300mm (RUJUK UUKB 181), JADI JUMLAH LEBAR TANGGA ADALAH 8,825mm.KATAKAN 8,800mm
JADI JUMLAH TANGGA YANG DICADANGKAN ADALAH 5 BUAH TANGGA,
8,800/(5-1) = 2,200mm
JADI, LEBAR SATU TANGGA ADALAH 2,200mm
MOHON PENGESAHAN DARI PIHAK TUAN.
TERIMA KASIH
- shah_reza121@yahoo.com