Salam satu malaysia..
Pengungsian bangunan bermaksud mengosongkan bangunan yang hanya melibatkan manusia sahaja iaitu keluar dari bangunan tersebut dan menuju ke tempat yang selamat semasa kecemasan atau kebakaran dengan menggunakan peralatan kecemasan yang ada dalam bangunan tersebut seperti laluan kecemasan, pintu kecemasan, tangga keselamatan dan lain-lain lagi.
Pengungsian bangunan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :-
1. Total evacuation
- pengungsian jenis ini akan melibatkan semua penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut. Tidak seorang pun yang akan terkecuali.
2. Partial evacuation
- pengungsian jenis ini hanya akan melibatkan bahagian-bahagian tertentu sahaja yang telah dipilih dan tidak meliputi semua bahagian.
Objektif latihan kecemasan kebakaran..
- supaya penghuni-penghuni yang diancam oleh kebakaran boleh bertindak dengan tenang dan teratur
- supaya jalan laluan keluar dan tangga keselamatan digunakan mengikut kaedah yang dirancang
- supaya tidakan mengosongkan bangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur
- untuk melatih petugas-petugas kebakaran yang dilantik menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sempurna dan mengikut prosedur
- supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan peralatan kebombaan pada sesebuah bangunan tersebut..
No comments:
Post a Comment