Passive and active system in the buildings

Sunday, 7 January 2018

Kehendak Kebombaan Bagi Stesen Minyak

Salam satu malaysia...

Hari ini kita akan berkongsi pula mengenai kehendak kebombaan bagi stesen minyak. Sebelum ini kita ada berkongsi mengenai kehendak kebombaan dari segi pasif dan aktif sistem. Terdapat sedikit perbezaan keperluan dalam merekabentuk stesen minyak ini...


BIL
KRITERIA PENILAIAN
KETERANGAN
1.
Pili Bomba
Mengadakan pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba sebagaimana ditanda dalam pelan

2.
Pendawaian Elektrik
Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UUKBS 1984

3.
Pemasangan Elektrik
Semua pemasangan elektrik hendaklah mengikut peraturan I.E.E untuk tahan api dan bahan letupan

4.
Tangki
Tangki yang dipasang hendaklah dilengkapkan dengan lapisan perlindungan dan pencegah karat

5.
Tangki Simpanan Petroleum
Semua tangki simpanan petroleum hendaklah tertakluk kepada tekanan ujian hidrostatik 0.7 bar bagi tempoh tidak kurang daripada 24 jam dan laporan ujian disahkan oleh pihak konsultan bertauliah

6.
Saluran Paip
Semua saluran paip adalah tertakluk kepada tekanan tidak kurang dari 3.4 bar

7.
Tangki Bahanapi
Tangki bahanapi dan kelengkapannya hendaklah dibumikan (erthing) tidak kurang dari 7 ohm semasa kerja mengisi minyak dijalankan

8.
Paip Penyawaan (vent pipe)
Pembukaan pada paip penyawaan hendaklah dinaikkan pada paras ketinggian 5 meter

9.
Sistem Pengaliran Perparitan
Semua sistem pengaliran perparitan hendaklah diadakan perangkap minyak (oil interceptor)

10.
Tempat Pembuangan Sampah
Adakan tempat pembuangan sampah beserta dengan penutupnya dari jenis logam

11.
Dinding Bilik Setor
Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api 1 jam

12.
Siling Bangunan
Penggunaan siling bangunan hendaklah menepati kehendak-kehendak UUKBS 1984 Jadual Kelapan

13.
Tanda Amaran
Mengadakan tanda amaran ‘TIDAK DIBENARKAN MEROKOK’ di setor minyak pelincir dan pam servis dalam kesemua empat bahasa utama

14.
Alat Pemadam Api Mudah Alih
Adakan alat pemadam api mudahalih yang bersesuaian mengikut Piawaian Malaysia MS 1539 : Part 3

15.
Peringatan
a)    Segala syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang dicatatkan di atas pelan maka hendaklah dirujuk ke jabatan ini untuk dikaji semula
b)   Segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan kebakaran hendaklah mematuhi UUKBS 1984 dan pertauran-pertauran yang diterima sahaja dan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Friday, 5 January 2018

Kaedah Pengukuran Bangunan

Salam satu malaysia...

Di hari jumaat yang mulia ini, kita akan berkongsi mengenai kaedah pengukuran bangunan. Mengikut UUK 135, UBBL 1984, kaedah-kaedah pengukuran bangunan adalah seperti berikut :-

1. Ketinggian bangunan

2. Keluasan bangunan

3. Isipadu bangunan


Ketinggian Bangunan

tingginya sesuatu bangunan, atau bahagian sesuatu bangunan sebagaimana diperihalkan dalam undang-undang kecil 215 ertinya tinggi bangunan atau bahagian itu,diukur daripada paras minima tanah yang bersampingan dengan bahagian luar dinding luar bangunan itu hingga ke paras setengah daripada tinggi tegak bumbung bangunan atau bahagian itu, atau hingga ke bahagian tertinggi dinding parapet (jika ada), mengikut mana yang lebih tinggi.



Keluasan Bangunan

- sesuatu tingkat bangunan atau petak hendaklah dikira sebagai jumlah keluasan dalam tingkat itu yang dikelilingi oleh permukaan kemasan dalam dinding kepungan itu atau, pada mana-mana sisi di mana tidak ada dinding kepungan, oleh bahagian tepi lantai yang terluar sekali di sisi itu;

- sesuatu bilik atau garaj hendaklah dikira sebagai jumlah keluasan lantainya yang dikelilingi oleh permukaan kemasan dalam dinding-dinding yang membentuk bilik atau garaj itu;

- sesuatu bahagian bumbung hendaklah dikira sebagai keluasan tampak sebenar bahagian itu diukur di atas satah selari dengan curam bumbung itu


Isipadu Bangunan

Kapasiti isipadu sesuatu bangunan atau petak ditentukan dengan mengukur isipadu ruang yang terkandung di dalam :-

(i) permukaan kemasan dalam dinding kepungan atau, pada mana-mana sisi di mana tidak ada dinding kepungan, satah yang melanjut tegak di atas tepi lantai yang terluar sekali di sisi itu;

(ii) permukaan atas lantai yang terendah sekali ; dan

(iii) mengenai sesuatu bangunan atau petak yang melanjut ke bumbung, permukaan bawah bumbung itu atau , mengenai mana-mana petak lain, permukaan bawah siling tingkat yang tertinggi sekali dalam petak itu, termasuk ruang yang mengandungi mana-mana dinding lain, atau mana-mana lubong, saluran atau struktur lain di dalam ruang yang akan diukur sedemikian..


Orait... cukup untuk kali ini.. c u soon.. happy weekend..

Wednesday, 3 January 2018

Kehendak-Kehendak Aktif

Sambungan kehendak kebombaan aktif...

Kehendak-kehendak Aktif   :-


1. Adakan sistem penyembur air automatik mengikut Piawaian Malaysia MS 1910 dan peruntukan dalam UBBL 1984 

2. Adakan sistem pancur basah mengikut Piawaian Malaysia MS 1489:Part 1 dan peruntukan dalam UBBL 1984.

3. Adakan sistem pancur kering mengikut Piawaian Malaysia MS 1489:Part 1 dan peruntukan dalam UBBL 1984.

4. Adakan sistem pancur menurun mengikut peruntukan dalam UBBL 1984

5. Adakan .......... unit salur bantu mula mengikut Piawaian Malaysia MS 1489:Part 1 dan peruntukan dalam UBBL 1984

6. Adakan ......... unit penggera kebakaran jenis pecah kaca mengikut Piawaian Malaysia MS 1745:Part 11 dan peruntukan dalam UBBL 1984.

7. Adakan sistem pengesan haba/asap mengikut Piawaian malaysia MS 1745:Part 11 dan peruntukan dalam UBBL 1984.

7. Adakan lampu tanda 'KELUAR' kecemasan mengikut Piawaian Malaysia MS 985 dan jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

8. Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9. Adakan .......... unit alat pemadam api yang bersesuian mengikut Piawaian Malaysia MS 1539: Part 3

10. Adakan sistem pengurusan asap mengikut Piawaian Malaysia 1780 atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

11. Adakan sistem isitekan (pressurized system) mengikut Piawaian Malaysia MS 1472 dan peruntukan dalam UBBL 1984

12. Adakan sistem pemasangan tetap gas mengikut Piawaian Malaysia berkaitan atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

13. Adakan lif bomba sepertimana yang ditandakan di dalam pelan mengikut Piawaian Malaysia MS 1183 : Part 5 dan peruntukan dalam UBBL 1984

14. Adakan sistem siaraya awam (public address system) Mengikut peruntukan UUK 239 UBBL 1984

15. Adakan sistem komunikasi bomba (telefon bomba) di mana sistem komunikasinya hendaklah 3 hala dan penempatannya di dalam tangga keselamatan  / lobi menentang kebakaran, bilik motor lif, bilik pam bomba dan bilik janakuasa

16. Saluran pendingin hawa hendaklah dipasang dengan sesekat api (fire damper) yang boleh digerakkan dengan 'fusible link ' atau 'motorized' mengikut Piawaian Malaysia MS 555 dan dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

17. Adakan suis pengasingan elektrik (electrical isolation switch) yang membolehkan pemotongan bekalan kuasa elektrik ke tingkat atau zon berkenaan yang menggunakannya

18. Adakan sistem pengawasan kebakaran automatik (SPKA) melalui syarikat yang dilantik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

19. Adakan sistem busa (foam system) mengikut syarat-syarat penentuan NFPA atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

20. Adakan alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self containrd type smoke detector) mengikut syarat-syarat penentuan NFPA atau mana-mana penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Peringatan

1. Segala syarat-syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang dicatatkan di atas pelan maka hendaklah dirujuk ke jabatan ini untuk dikaji semula

2. segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan kebakaran hendaklah mematuhi UBBL 1984 dan peraturan-peraturan yang diterima sahaja dan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3. Bagi bangunan yang rekabentuknya melebihi 18.5 meter hingga ke lantai penuh yang tertinggi sekali, sesalu-sesalur naik mengikut UUK 232 hendaklah dipasang sebaik sahaja selepas bangunan itu melebihi tinggi tersebut untuk mengadakan kemudahan-kemudahan mencegah kebakaran dalam masa berbagai peringkat pembinaan itu

4. Pengesahan pelan ini adalah tidak tertakluk kepada penyimpanan, penggunaan, pemerosesan dan penghasilan bahan berbahaya atau kimia berbahaya. Sekiranya terdapat sebarang penyimpanan, penggunaan, pemerosesan dan penghasilan bahan berbahaya atau kimia berbahaya setelah pelan disahkan maka pelan bangunan tersebut hendaklah dirujuk kembali ke jabatan ini untuk dikaji semula

5. Pelan lukisan dan pengiraan bagi semua pemasangan tetap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jumlah pelan-pelan yang perlu dikemukakan hendaklah dua perenggu

6. Mana-mana premis yang mengendalikan, memproses atau menyimpan bahan-bahan bahaya hendaklah diadakan tanda khas mengikut simbol 'hazchem Code'. Tanda-tanda ini hendaklah mudah dilihat.


Di akhir keperluan kehendak kebombaan ini, arkitek perlu membuat pengesahan (cop dan tandatangan). Dengan itu juga arkitek telah meletakkan seluruh tanggungjawab ke atas sesuatu projek itu sehingga ke akhir hayat.. sekian terima kasih.. hehe

Monday, 1 January 2018

Kehendak Kebombaan Pasif

Salam satu malaysia...

Sedar tak sedar hari ini sudah 1/1/2018.. Sekejap saja sudah berlalu 2017. So this year semestinya banyak perkara akan menjadi lebih mencabar. Jadi kita semua kena bersedia untuk menghadapinya. Rancanglah kehidupan kita supaya semua urusan menjadi lancar.

Jadi, pada hari ni saya akan kongsi mengenai kehendak-kehendak kebombaan yang perlu dipatuhi semasa merekabentuk sesuatu jenis bangunan.. Segala keperluan dari sudut pasif dan aktif.. 

TAJUK PROJEK :

Adalah saya mencadangkan agar maksud utama penggunaan cadangan projek seperti di atas adalah dalam Kumpulan Maksud ............. dan keperluan kelengkapan keselamatan kebakaran adalah seperti berikut. [keperluan keselamatan kebakaran hendaklah mengikut kesesuain projek]

Pelan Tapak:

1. Adakan ...... buah pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba sepertimana yang ditandakan dalam pelan.

2. Pili bomba awam (tidak bermeter) hendaklah dicat dengan warna 'signal red' manakala pili bomba swasta (bermeter) dicat dengan warna kuning. (Kod cat : MS 164:1992 dan MS 1932:1996 - Specification for pillar hydrant: 5 coating).

3. Adakan ...... buah pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1500 liter seminit bagi setiap pili bomba dan 3000 / 4500 lit/min apabila 2/3 buah pili bomba dibuka serentak (pressurized hydrant).

4. Mengadakan 2 talian hos berukuran 64mm x 30 meter dan sebatang nozzle dari jenis 'Jet & Spray' yang ditempatkan di dalam peti kabinet berhampiran dengan tiap-tiap pili bomba

5. Pili bomba sediada hendaklah dalam jarak 91.5 meter dari bangunan cadangan dan berada dalam keadaan baik.

6. Adakan jalan akses perkakas bomba (access road) dengan kelebaran tidak kurang enam meter yang boleh menanggung beban 25 tan sepertimana ditandakan di dalam pelan.

7. Adakan tulisan perkataan berwarna kuning " LALUAN JENTERA BOMBA - KOSONGKAN LALUAN" bersebelahan akses perkakas bomba mengikut spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (bagi bangunan komersial sahaja).

8. Pondok kawalan berpalang pada jalan masuk utama akses perkakas bomba hendaklah mematuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


9. Kecerunan jalan akses perkakas bomba hendaklah tidak kurang 1:12

10. Ketinggian kelegaan hendaklah tidak kurang daripada 5 meter.

11. Jarak antara bangunan hendaklah mematuhi Jedual Ke Enam UBBL 1984.


Kehendak-kehendak Am :-

1. Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UBBL 1984

2. Semua elemen struktur hendaklah mempunyai tempoh ketahanan api mengikut Jadual Kesembilan UBBL 1984.

3. Adakan sistem pengudaraan bagi tangga keselamatan sama ada secara biasa atau mekanikal

4. Penggunaan gas petroleum cecair (L.P.G) secara 'bulk storage' hendaklah mematuhi syarat-syarat penentuan MS 830 dan MS 930. Sila kemukakan pelan yang lengkap ke jabatan ini.

5. Bagi bangunan yang melebihi 30 meter, semua tangga yang dicadang untuk digunakan sebagai jalan keluar hendaklah dilanjutkan ke paras bumbung untuk memberi akses kepadanya mengikut UUK 195 UBBL 1984.

6. Semua papan tanda keselamatan kebakaran hendaklah mematuhi MS 982

7. Adakan 'graphic design of floor plan' berlatarbelakang warna putih yang menunjukan tangga keselamatan, laluan-laluan keselamatan, jalan-jalan keluar dan kedudukan alat-alat pencegah kebakaran. Penempatannya hendaklah di tempat yang mudah dilihat. 

8. Sila kemukakan tiga (3) set buku operasi mengikut syarat-syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Kehendak-kehendak Pasif :-

1. Penggunaan siling bangunan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Jadual Kelapan UBBL 1984

2. Semua tangga keselamatan hendaklah dikepung dengan tembok batu bata setebal 100mm atau bagi tangga jenis terbuka mematuhi UBBL 1984.

3. Adakan pintu api satu jam sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri dan tertutup rapat.

4. Adakan dinding pemetakan (compartment wall) setebal 100mm / 200mm batu bata yang dibina sehingga paras bumbung / lantai sepertimana yang ditandakan dalam pelan

5. Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api satu jam dipasang dengan 'door closer'

6. Adakan 'break point' pada dinding luar bangunan untuk tujuan memudahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja operasi

7. Adakan bidai gulung (roller shutter) ketahanan api 2 jam / 4 jam seperti tertanda di dalam pelan

8. Penggunaan kaca-kaca pada dinding luar bangunan hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9. Semua lubang perkhidmatan (service shaft) hendaklah disetiap tingkat dengan bahan ketahanan api 2 jam

10. Semua bilik bagi penempatan pam bomba atau janakuasa hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 2 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api satu jam

11. Dinding dua pihak hendaklah dari jenis batu bata setebal 200mm jenis yang menanggung beban dan 100 mm yang tidak menanggung beban. Dinding ini hendaklah dinaikkan 225mm melebihi paras bumbung

12. Semua dinding pembahagi dalaman hendaklha dari jenis ketahanan api 1/2 jam dan dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

13. Dinding pengasing antara kilang dan pejabat hendaklah setebal 100mm / 200mm dan dinaikkan hingga ke paras bumbung seperti tertanda di dalam pelan

14. Adakan dinding pembalik (deflector wall) pada dinding yang mengepung tangga tunggal di pintu masuk utama sepanjang 450mm sepertimana yang ditandakan di dalam pelan

15. Ruangan lobi lif hendaklah dibina dari bahan ketahanan api dua jam dan dilindungi dengan alat pengesan asap mengikut UBBL 1984

16. Adakan sebuah pusat pemerintahan dan kawalan kebakaran di lantai tetuan (designated floor) yang dilengkapi dengan peti penggera kebakaran bagi bangunan melebihi 30.5 meter tinggi


Sambungan bagi kehendak aktif saya akan share di post yang akan datang... tungguuuuu....


















K








     






         





       



         

     
  


















      






















   

     

       























       


































       



         
        

    








Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...