Passive and active system in the buildings

Monday, 1 January 2018

Kehendak Kebombaan Pasif

Salam satu malaysia...

Sedar tak sedar hari ini sudah 1/1/2018.. Sekejap saja sudah berlalu 2017. So this year semestinya banyak perkara akan menjadi lebih mencabar. Jadi kita semua kena bersedia untuk menghadapinya. Rancanglah kehidupan kita supaya semua urusan menjadi lancar.

Jadi, pada hari ni saya akan kongsi mengenai kehendak-kehendak kebombaan yang perlu dipatuhi semasa merekabentuk sesuatu jenis bangunan.. Segala keperluan dari sudut pasif dan aktif.. 

TAJUK PROJEK :

Adalah saya mencadangkan agar maksud utama penggunaan cadangan projek seperti di atas adalah dalam Kumpulan Maksud ............. dan keperluan kelengkapan keselamatan kebakaran adalah seperti berikut. [keperluan keselamatan kebakaran hendaklah mengikut kesesuain projek]

Pelan Tapak:

1. Adakan ...... buah pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba sepertimana yang ditandakan dalam pelan.

2. Pili bomba awam (tidak bermeter) hendaklah dicat dengan warna 'signal red' manakala pili bomba swasta (bermeter) dicat dengan warna kuning. (Kod cat : MS 164:1992 dan MS 1932:1996 - Specification for pillar hydrant: 5 coating).

3. Adakan ...... buah pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1500 liter seminit bagi setiap pili bomba dan 3000 / 4500 lit/min apabila 2/3 buah pili bomba dibuka serentak (pressurized hydrant).

4. Mengadakan 2 talian hos berukuran 64mm x 30 meter dan sebatang nozzle dari jenis 'Jet & Spray' yang ditempatkan di dalam peti kabinet berhampiran dengan tiap-tiap pili bomba

5. Pili bomba sediada hendaklah dalam jarak 91.5 meter dari bangunan cadangan dan berada dalam keadaan baik.

6. Adakan jalan akses perkakas bomba (access road) dengan kelebaran tidak kurang enam meter yang boleh menanggung beban 25 tan sepertimana ditandakan di dalam pelan.

7. Adakan tulisan perkataan berwarna kuning " LALUAN JENTERA BOMBA - KOSONGKAN LALUAN" bersebelahan akses perkakas bomba mengikut spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (bagi bangunan komersial sahaja).

8. Pondok kawalan berpalang pada jalan masuk utama akses perkakas bomba hendaklah mematuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


9. Kecerunan jalan akses perkakas bomba hendaklah tidak kurang 1:12

10. Ketinggian kelegaan hendaklah tidak kurang daripada 5 meter.

11. Jarak antara bangunan hendaklah mematuhi Jedual Ke Enam UBBL 1984.


Kehendak-kehendak Am :-

1. Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UBBL 1984

2. Semua elemen struktur hendaklah mempunyai tempoh ketahanan api mengikut Jadual Kesembilan UBBL 1984.

3. Adakan sistem pengudaraan bagi tangga keselamatan sama ada secara biasa atau mekanikal

4. Penggunaan gas petroleum cecair (L.P.G) secara 'bulk storage' hendaklah mematuhi syarat-syarat penentuan MS 830 dan MS 930. Sila kemukakan pelan yang lengkap ke jabatan ini.

5. Bagi bangunan yang melebihi 30 meter, semua tangga yang dicadang untuk digunakan sebagai jalan keluar hendaklah dilanjutkan ke paras bumbung untuk memberi akses kepadanya mengikut UUK 195 UBBL 1984.

6. Semua papan tanda keselamatan kebakaran hendaklah mematuhi MS 982

7. Adakan 'graphic design of floor plan' berlatarbelakang warna putih yang menunjukan tangga keselamatan, laluan-laluan keselamatan, jalan-jalan keluar dan kedudukan alat-alat pencegah kebakaran. Penempatannya hendaklah di tempat yang mudah dilihat. 

8. Sila kemukakan tiga (3) set buku operasi mengikut syarat-syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Kehendak-kehendak Pasif :-

1. Penggunaan siling bangunan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Jadual Kelapan UBBL 1984

2. Semua tangga keselamatan hendaklah dikepung dengan tembok batu bata setebal 100mm atau bagi tangga jenis terbuka mematuhi UBBL 1984.

3. Adakan pintu api satu jam sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri dan tertutup rapat.

4. Adakan dinding pemetakan (compartment wall) setebal 100mm / 200mm batu bata yang dibina sehingga paras bumbung / lantai sepertimana yang ditandakan dalam pelan

5. Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api satu jam dipasang dengan 'door closer'

6. Adakan 'break point' pada dinding luar bangunan untuk tujuan memudahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja operasi

7. Adakan bidai gulung (roller shutter) ketahanan api 2 jam / 4 jam seperti tertanda di dalam pelan

8. Penggunaan kaca-kaca pada dinding luar bangunan hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9. Semua lubang perkhidmatan (service shaft) hendaklah disetiap tingkat dengan bahan ketahanan api 2 jam

10. Semua bilik bagi penempatan pam bomba atau janakuasa hendaklah dibina dari tembok batu bata ketahanan api 2 jam. Pintu-pintunya hendaklah ketahanan api satu jam

11. Dinding dua pihak hendaklah dari jenis batu bata setebal 200mm jenis yang menanggung beban dan 100 mm yang tidak menanggung beban. Dinding ini hendaklah dinaikkan 225mm melebihi paras bumbung

12. Semua dinding pembahagi dalaman hendaklha dari jenis ketahanan api 1/2 jam dan dari jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

13. Dinding pengasing antara kilang dan pejabat hendaklah setebal 100mm / 200mm dan dinaikkan hingga ke paras bumbung seperti tertanda di dalam pelan

14. Adakan dinding pembalik (deflector wall) pada dinding yang mengepung tangga tunggal di pintu masuk utama sepanjang 450mm sepertimana yang ditandakan di dalam pelan

15. Ruangan lobi lif hendaklah dibina dari bahan ketahanan api dua jam dan dilindungi dengan alat pengesan asap mengikut UBBL 1984

16. Adakan sebuah pusat pemerintahan dan kawalan kebakaran di lantai tetuan (designated floor) yang dilengkapi dengan peti penggera kebakaran bagi bangunan melebihi 30.5 meter tinggi


Sambungan bagi kehendak aktif saya akan share di post yang akan datang... tungguuuuu....


















K








     






         





       



         

     
  


















      






















   

     

       























       


































       



         
        

    








No comments:

Post a Comment

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...