Hari ini kita akan berkongsi pula mengenai kehendak kebombaan bagi stesen minyak. Sebelum ini kita ada berkongsi mengenai kehendak kebombaan dari segi pasif dan aktif sistem. Terdapat sedikit perbezaan keperluan dalam merekabentuk stesen minyak ini...
BIL
|
KRITERIA
PENILAIAN
|
KETERANGAN
|
1.
|
Pili Bomba
|
Mengadakan pili bomba jenis tiang pengeluaran dua hala
dengan pengeluaran air sebanyak 1000 liter seminit bagi setiap pili bomba
sebagaimana ditanda dalam pelan
|
2.
|
Pendawaian Elektrik
|
Semua pendawaian elektrik bagi sistem kecemasan
hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan
mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling
kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253(4), UUKBS 1984
|
3.
|
Pemasangan Elektrik
|
Semua pemasangan elektrik hendaklah mengikut peraturan
I.E.E untuk tahan api dan bahan letupan
|
4.
|
Tangki
|
Tangki yang dipasang hendaklah dilengkapkan dengan
lapisan perlindungan dan pencegah karat
|
5.
|
Tangki Simpanan Petroleum
|
Semua tangki simpanan petroleum hendaklah tertakluk
kepada tekanan ujian hidrostatik 0.7 bar bagi tempoh tidak kurang daripada 24
jam dan laporan ujian disahkan oleh pihak konsultan bertauliah
|
6.
|
Saluran Paip
|
Semua saluran paip adalah tertakluk kepada tekanan tidak
kurang dari 3.4 bar
|
7.
|
Tangki Bahanapi
|
Tangki bahanapi dan kelengkapannya hendaklah dibumikan (erthing)
tidak kurang dari 7 ohm semasa kerja mengisi minyak dijalankan
|
8.
|
Paip Penyawaan (vent pipe)
|
Pembukaan pada paip penyawaan hendaklah dinaikkan pada
paras ketinggian 5 meter
|
9.
|
Sistem Pengaliran Perparitan
|
Semua sistem pengaliran perparitan hendaklah diadakan
perangkap minyak (oil interceptor)
|
10.
|
Tempat Pembuangan Sampah
|
Adakan tempat pembuangan sampah beserta dengan
penutupnya dari jenis logam
|
11.
|
Dinding Bilik Setor
|
Dinding bagi bilik setor yang disifatkan merbahaya
hendaklah setebal 100mm batu bata dan pintunya dari jenis ketahanan api 1 jam
|
12.
|
Siling Bangunan
|
Penggunaan siling bangunan hendaklah menepati
kehendak-kehendak UUKBS 1984 Jadual Kelapan
|
13.
|
Tanda Amaran
|
Mengadakan tanda amaran ‘TIDAK DIBENARKAN MEROKOK’ di
setor minyak pelincir dan pam servis dalam kesemua empat bahasa utama
|
14.
|
Alat Pemadam Api Mudah Alih
|
Adakan alat pemadam api mudahalih yang bersesuaian
mengikut Piawaian Malaysia MS 1539 : Part 3
|
15.
|
Peringatan
|
a) Segala syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada
rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang
perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang
dicatatkan di atas pelan maka hendaklah dirujuk ke jabatan ini untuk dikaji
semula
b) Segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan
dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan
kebakaran hendaklah mematuhi UUKBS 1984 dan pertauran-pertauran yang diterima
sahaja dan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
|
No comments:
Post a Comment