Passive and active system in the buildings

Saturday, 26 May 2018

Sijil Perakuan Bahan

Salam sejahtera. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sijil perakuan bahan. Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dipasang atau dibina di mana-mana premis hendaklah mempunyai Sijil Perakuan Bahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebanyak 24 item yang terlibat iaitu:-

1. Pintu rintangan api / fire door

2.Sesekat Api / Fire Damper

3.Gelendung Api / Fire Roller Shutter


4.Batu-bata / Bricks


5.Bahan-bahan Kelas ‘O’ / Class ‘O’


6.Pengadang Api / Firestop


7.Dinding Drywall / Drywall Construction


8.Blok Konkrit Rongga / Hollow Concrete Block


9.Pintu Pelantar Tahan Api / Fire Rated Lift Landing Door


10.Saluran Tahan Api / Fire Rated Duct


11.Tirai Asap / Smoke Curtain


12.Lampu Tanda Keluar / KELUAR Sign


13.Lampu Kecemasan / Emergency Light


14.Alat Pengesan Asap / Smoke Detector


15.Alat Pengesan haba / Heat Detector


16.Penggera Kebakaran Manual / Manual Fire Alarm


17.Loceng Penggera / Alarm Bell


18.Kabel Rintangan Api / Fire Resistant Cable


19.Salur Bantu Mula / Fire Hose Reel


20.Kepala Springkler / Springkler Head


21.Sistem Pengeluaran Asap / Smoke Extraction System


22.Panel Penggera Kebakaran / Fire Alarm Panel


23.Fire Suppression System / Halon Alternatif


24.Alat Pemadam Api / fire extinguisher



Jadi, secara tidak langsung hanya bahan-bahan diatas perlu mempunyai borang C1, C2 dan C3 yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan pemeriksaan bangunan. Diantara makmal pengujian  yang diiktiraf oleh jabatan bomba bagi pengujian pepasangan keselamatan kebakaran seperti berikut :-

1. SIRIM - Malaysia

2. Forest Research Institute Malaysia (FRIM) - Malaysia

3. TUD-SUD-PSB - Singapore

4. Building Research Advisory, New Zealand (BRANZ) - New Zealand

5. Building Research Establishment (BRE) - United Kingdom

6. Loss Prevention Certification Board (LPCB) - United Kingdom

7. Warrington Fire Research (WFR) - United Kingdom

8. Underwriters Laboratories (UL) - USA

9. Factory Matual (FM) - USA

10. Lain-lain makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia

(sumber rujukan : website bomba)


Okla cukup untuk kali ini. Jumpa lagi.. 

Nota:
Sesiapa yang berminat untuk bacaan ringan boleh join channel telegram saya. klik link ni https://t.me/abrsafetybuilding

3 comments:

  1. Tuan...bahan apa yang kelas o?
    Aluminium foil untuk roofing perlu ada sijil bomba?

    ReplyDelete
  2. kena check surat beranak dia.. sijil perakuan bahan tula.. nak tau kelas o atau x, manifacture boleh tentukan

    ReplyDelete
  3. Macam mana boleh dapat peruakuan untuk shear wall ? semasa mengemukakan Building Plan

    ReplyDelete

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...