Passive and active system in the buildings

Tuesday, 22 May 2018

Keperluan 'Break Point' Pada Bangunan

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai 'break point'..  Di dalam kejadian kebakaran ataupun kecemasan pasukan bomba perlu memasuki ke dalam bangunan untuk tujuan menyelamat dan memadam kebakaran. Sesebuah bangunan khususnya bangunan tinggi dan besar telah dilengkapi dengan kepungan menentang kebakaran(fire fighting lobby) dimana terdapat lif bomba, tangga, sistem pancur yang membolehkan anggota bomba memasuki bangunan melalui ruangan tersebut seterusnya mencari mangsa dan memadam kebakaran. 

Bagaimana terdapat kemungkinan pasukan bomba tidak dapat memasuki bangunan semasa kejadian kebakaran samada melalui kepungan menentang kebakaran, pintu utama atau protected corridor- kebakaran Terminal 1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1992, di mana pasukan bomba tidak dapat memasuki bangunan disebabkan asap yang tebal di bahagian pintu utama dan di koridor utama. 


Tujuan utama mengadakan tanda ‘Break Point’ pada bangunan adalah untuk memberikan laluan/access kepada pasukan bomba ke bangunan sekiranya pintu utama/tangga tidak boleh digunakan. Pasukan bomba akan menggunakan ‘sky-lift’, helicopter, ‘turn-table ladder’ dan sebagainya untuk sampai ke tingkat yang diperlukan untuk tujuan penyelamatan atau memadam kebakaran serta membawa peralatanperalatan masuk. Kaedah memasuki bangunan melalui ‘break point’ terbahagi kepada dua cara:- 

i. Memecah bahagian yang bertanda dengan menggunakan peralatan 
ii. Membuka panel/tingkat bahagian yang bertanda daripada luar

Jenis bangunan yang perlu memasang 'break point' ini ialah :-

i) Bangunan tinggi yang dikenakan ‘fire lift’  
ii) Bangunan ‘open balcony approach’ tidak diperlukan  
iii) Bangunan kediaman juga tidak diperlukan 
iv) Struktur khas seperti Terminal Lapangan Terbang, ‘Shopping complex’ dan ‘windowless building’ 

Syarat bahan dan pemasangannya pula ialah :-

i) Bahan yang digunakan perlulah dari yang mudah dipecahkan dan tidak merbahaya (untuk ‘fixed curtain wall’) 
ii) Boleh dibuka daripada luar bangunan tanpa memecahkan tingkap kaca.  
iii) Bahan yang digunakan juga hendaklah dari jenis yang tidak mudah terbakar. 
iv) Jika bahan yang digunakan bukan dari jenis kaca, ianya perlulah mudah ditanggalkan.

‘Break Point’ ini perlu diadakan pada dinding luar bangunan di setiap paras dalam jarak 15 meter. Ia juga boleh diadakan untuk memasuki lobi atau ‘protected corridor’ supaya anggota-anggota bomba dapat masuk ke tempat selamat.

Okla cukup untuk kali ini.. sampai berjumpa lagi..

_________________________________________________________________________________

Boleh join channel telegram saya untuk bacaan ringan. Link seperti di bawah :

No comments:

Post a Comment

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...