Salam satu malaysia..
Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akta 341. Akta ini merupakan suatu peruntukan undang-undang yang perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat berfungsi dengan berkesan dan cekap untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya. Sejarah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 adalah seperti berikut:
1976 - Draf awal kawalan keselamatan kebakaran
1980 - draf baru telah disediakan
27 Disember 1983 - Cantuman kedua-dua akta dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba
12 Disember 1988 - Diwartakan
1 Januari 1989 - Dikuatkuasakan
Akta 341 ini terbahagi kepada 9 Bahagian dan 63 Seksyen..
Bahagian I - Permulaan
Bahagian II - Pentadbiran
Bahagian III - Penghapusan Bahaya Kebakaran
Bahagian IV - Air dan Pili Bomba
Bahagian V - Perakuan Bomba
Bahagian VI - Penguatkuasaan
Bahagian VII - Siasatan Tentang Kebakaran
Bahagian VIII - Kumpulan Wang Kebajikan
Bahagian IX - Pelbagai
Kuasa menjalankan kerja operasi adalah seperti berikut :-
Seksyen 18 - Kuasa pegawai bomba semasa kebakaran
Seksyen 19 - Kuasa pegawai bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran
Seksyen 20 - Perlindungan pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan
Seksyen 21 - Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada menentang kebakaran
Seksyen 60 - Kuasa memakai akta bagi vesel dan struktur boleh alih
Kuasa Penguatkuasaan Akta
Seksyen 38 - Kuasa untuk masuk
Seksyen 40 - Kuasa untuk menangkap tanpa waran
Seksyen 41 - Kuasa bagi penyiasatan
Seksyen 42 - Kuasa menghendaki kehadiran saksi
Seksyen 43 - Pemeriksaan saksi-saksi
Seksyen 44 - Perjalanan pendakwaan
Penguatkuasaan akta 341 ke atas premis :-
Penghapusan bahaya kebakaran ( sek 8 - 17)
Pengurangan risiko kebakaran ( sek 25 - 36)
Perlaksanaan perakuan bomba ( sek 28 - 36)
Penyiasatan kebakaran ( sek 5, 45 - 47)
Kesalahan di bawah Akta 341 :-
Seksyen 10 - Tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran
Seksyen 13(5) - Melanggar suatu perintah tutup
Seksyen 22(3) - Tidak mematuhi arahan supaya menyediakan kemudahan dan bekalan air untuk tujuan menentang kebakaran
Seksyen 23(1) - Tidak memaklumkan / memberi notis bagi melakukan kerja-kerja yang menjejaskan pili bomba
Seksyen 23(2) - Pili bomba tidak berada dalam keadaan baik selepas kerja-kerja dijalankan di bawah subseksyen (1)
Seksyen 25(2) - Enggan membenarkan pemasangan plat tempat pili bomba
Seksyen 26 - Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba
Seksyen 32(2) - Melakukan perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupuan kemudahan pelepasan diri dll, ke atas premis ditetapkan tanpa pemberian notis dan ianya telah dilaksanakan
Seksyen 32(5) - Tidak mematuhi notis bagi memastikan kecukupan kemudahan pelepasan diri dll, akibat sesuatu perubahan keadaan
Seksyen 33 - Tiada perakuan bomba yang berkuatkuasa bagi premis ditetapkan
Seksyen 35 - Melanggar suatu perintah larangan atau menyekat penggunaan premis tertentu
Seksyen 35A - Melanggar perintah ketua pengarah bagi menghentikan apa-apa kegiatan yang berterusan yang menimbulkan bahaya kebakaran serta merta yang memudaratkan keselamatan nyawa dan harta
Seksyen 47 - Kehadiran tanpa kebenaran dalam premis yang telah diambil milik yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api
Seksyen 51 - Mengganggu pegawai-pegawai bomba dalam melaksanakan tugas-tugasnya
Seksyen 52 - Kegagalan mematuhi arahan pegawai diberikuasa
Seksyen 53 - Pemakaian pakaian seragam tanpa kebenaran
Seksyen 54 - Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu
Seksyen 55 - Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan penggera kebakaran
Seksyen 56 - Memberi laporan palsu mengenai kebakaran
Penalti Am
- Denda tidak melebihi RM5,000 atau
- penjara tidak melebihi 3 tahun atau
- denda dan penjara dan
- denda tambahan RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan..
Seksyen 35 - Perintah Larangan
- Denda tidak melebihi RM10,000 atau
- penjara tidak melebihi 5 tahun atau
- denda dan penjara dan
- denda tambahan RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan..
Okla cukup untuk kali ini.. lain kali kita sambung lagi.. jumpa lagi...
Fire Safety in building is taken to mean the protection of the occupants , property and environment from fire in buildings. Comprises of two major segments, Passive Fire Protection and Active Fire Protection.
Passive and active system in the buildings
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info penting
Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...
-
Salam sejahtera.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akses perkakas bomba. Keperluan atau kehendak mengadakan akses perkakas bo...
-
Salam satu malaysia.. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai Sistem pancur Basah. Dari segi definasi, sistem pancur basah merupakan s...
-
Salam satu malaysia... Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sistem pancur kering. Menurut UUK 133 (tafsiran), sistem pancur kering ...
Kay mana kita boleh buat aduan kalau majikan tidak ambil peduli tentang noyis
ReplyDelete