Passive and active system in the buildings

Wednesday, 28 February 2018

Bahaya Kebakaran

Salam satu malaysia...

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai 'Bahaya Kebakaran'.. Merujuk kepada seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), terdapat 6 jenis bahaya kebakaran. Saya akan huraikan satu persatu.

a) "apa-apa pengubahan menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku kebakaran pada materialnya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya jika pengubahan itu tidak dibuat"

Ayat undang-undang ini bermaksud jalan keluar yang sukar. Contohnya seperti di bawah:-

i. Mengunci pintu keluar semasa premis berpenghuni

ii. Mengubahsuai bangunan menyebabkan jarak perjalanan melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang

iii. Memasang jeriji besi pada laluan keluar atau tangga

iv. Meletakkan barang-barang pada ruangan tangga

b) "kesesakan mana-mana tempat hiburan awam atau perhimpunan awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang kesesakan di tempat perhimpunan. Contohnya :-

i) Menambahkan bilangan tempat duduk dalam panggung wayang yang melebihi hada yang dibenarkan. (rujuk UBBL 179)

ii. Pengunjung yang bersesak-sesak di sesebuah pub/disko/kelab malam pada hujung minggu atau majlis tertentu yang melebihi muatan kependudukan berdasarkan keluasan lantai. (rujuk UBBL 180)

c) "apa-apa pengalihan dari, atau tidak terdapatnya dalam, mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diadakan di dalam bangunan itu"

Ayat ini menerangkan tentang ketiadaan peralatan kebombaan atau sistem pepasangan keselamatan kebakaran. Contohnya :-

i. Merobohkan dinding pemisah (pemetakan) yang sedia ada

ii. Menanggalkan pintu api dan digantikan dengan pintu biasa

iii. Tiada lampu kecemasan dan tanda KELUAR

d) "adanya di dalam atau di luar mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran atau apa-apa kemudahan, yang dipasang mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang tidak berada dalam keadaan baik"

Ayat ini menerangkan tentang kemudahan peralatan kebombaan yang tidak berfungsi secara berkesan. Contohnya :-

hosereel / pili bomba / fire alarm system / CO2 system / telefon bomba / lif bomba / dan lain-lain sistem kebombaan tidak berfungsi atau rosak sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

e) "jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan perlindungan kepada orang sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang jalan keluar yang tidak mencukupi. Contohnya :-

i. Kegunaan asal adalah kedai pejabat tetapi ditukar guna menjadi pusat tuisyen atau sekolah swasta tanpa mengadakan tangga kedua

ii. Tangga telah dihalang / dikepung

iii. Tangga tambahan tidak dibina apabila premis dibesarkan

f) "apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang pada materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran, atau yang pada materialnya akan mengganggu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran"

Ayat ini menerangkan tentang perkara yang meningkatkan kebarangkalian berlaku kebakaran atau mengganggu khidmat kebombaan. Contohnya :-

i. Meletakkan silinder gas LPG pada laluan kecemasan dalam kuantiti yang banyak

ii. Menyimpan dan menjual gas LPG melebihi had yang dibenarkan

iii. Tidak mengepung ruang lobi lif dan tangga dengan dinding rintangan api

iv. Sistem isitekan tidak berfungsi

Sebenarnya banyak lagi bahaya kebakaran disekeliling kita. Apa yang diterangkan di sini merupakan antara contoh yang terlintas di kepala saya. hehe... okla sampai berjumpa lagi di lain sesi.. tq

No comments:

Post a Comment

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...