Passive and active system in the buildings

Saturday, 26 May 2018

Sijil Perakuan Bahan

Salam sejahtera. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai sijil perakuan bahan. Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dipasang atau dibina di mana-mana premis hendaklah mempunyai Sijil Perakuan Bahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebanyak 24 item yang terlibat iaitu:-

1. Pintu rintangan api / fire door

2.Sesekat Api / Fire Damper

3.Gelendung Api / Fire Roller Shutter


4.Batu-bata / Bricks


5.Bahan-bahan Kelas ‘O’ / Class ‘O’


6.Pengadang Api / Firestop


7.Dinding Drywall / Drywall Construction


8.Blok Konkrit Rongga / Hollow Concrete Block


9.Pintu Pelantar Tahan Api / Fire Rated Lift Landing Door


10.Saluran Tahan Api / Fire Rated Duct


11.Tirai Asap / Smoke Curtain


12.Lampu Tanda Keluar / KELUAR Sign


13.Lampu Kecemasan / Emergency Light


14.Alat Pengesan Asap / Smoke Detector


15.Alat Pengesan haba / Heat Detector


16.Penggera Kebakaran Manual / Manual Fire Alarm


17.Loceng Penggera / Alarm Bell


18.Kabel Rintangan Api / Fire Resistant Cable


19.Salur Bantu Mula / Fire Hose Reel


20.Kepala Springkler / Springkler Head


21.Sistem Pengeluaran Asap / Smoke Extraction System


22.Panel Penggera Kebakaran / Fire Alarm Panel


23.Fire Suppression System / Halon Alternatif


24.Alat Pemadam Api / fire extinguisher



Jadi, secara tidak langsung hanya bahan-bahan diatas perlu mempunyai borang C1, C2 dan C3 yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan pemeriksaan bangunan. Diantara makmal pengujian  yang diiktiraf oleh jabatan bomba bagi pengujian pepasangan keselamatan kebakaran seperti berikut :-

1. SIRIM - Malaysia

2. Forest Research Institute Malaysia (FRIM) - Malaysia

3. TUD-SUD-PSB - Singapore

4. Building Research Advisory, New Zealand (BRANZ) - New Zealand

5. Building Research Establishment (BRE) - United Kingdom

6. Loss Prevention Certification Board (LPCB) - United Kingdom

7. Warrington Fire Research (WFR) - United Kingdom

8. Underwriters Laboratories (UL) - USA

9. Factory Matual (FM) - USA

10. Lain-lain makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia

(sumber rujukan : website bomba)


Okla cukup untuk kali ini. Jumpa lagi.. 

Nota:
Sesiapa yang berminat untuk bacaan ringan boleh join channel telegram saya. klik link ni https://t.me/abrsafetybuilding

Tuesday, 22 May 2018

Keperluan 'Break Point' Pada Bangunan

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai 'break point'..  Di dalam kejadian kebakaran ataupun kecemasan pasukan bomba perlu memasuki ke dalam bangunan untuk tujuan menyelamat dan memadam kebakaran. Sesebuah bangunan khususnya bangunan tinggi dan besar telah dilengkapi dengan kepungan menentang kebakaran(fire fighting lobby) dimana terdapat lif bomba, tangga, sistem pancur yang membolehkan anggota bomba memasuki bangunan melalui ruangan tersebut seterusnya mencari mangsa dan memadam kebakaran. 

Bagaimana terdapat kemungkinan pasukan bomba tidak dapat memasuki bangunan semasa kejadian kebakaran samada melalui kepungan menentang kebakaran, pintu utama atau protected corridor- kebakaran Terminal 1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1992, di mana pasukan bomba tidak dapat memasuki bangunan disebabkan asap yang tebal di bahagian pintu utama dan di koridor utama. 


Tujuan utama mengadakan tanda ‘Break Point’ pada bangunan adalah untuk memberikan laluan/access kepada pasukan bomba ke bangunan sekiranya pintu utama/tangga tidak boleh digunakan. Pasukan bomba akan menggunakan ‘sky-lift’, helicopter, ‘turn-table ladder’ dan sebagainya untuk sampai ke tingkat yang diperlukan untuk tujuan penyelamatan atau memadam kebakaran serta membawa peralatanperalatan masuk. Kaedah memasuki bangunan melalui ‘break point’ terbahagi kepada dua cara:- 

i. Memecah bahagian yang bertanda dengan menggunakan peralatan 
ii. Membuka panel/tingkat bahagian yang bertanda daripada luar

Jenis bangunan yang perlu memasang 'break point' ini ialah :-

i) Bangunan tinggi yang dikenakan ‘fire lift’  
ii) Bangunan ‘open balcony approach’ tidak diperlukan  
iii) Bangunan kediaman juga tidak diperlukan 
iv) Struktur khas seperti Terminal Lapangan Terbang, ‘Shopping complex’ dan ‘windowless building’ 

Syarat bahan dan pemasangannya pula ialah :-

i) Bahan yang digunakan perlulah dari yang mudah dipecahkan dan tidak merbahaya (untuk ‘fixed curtain wall’) 
ii) Boleh dibuka daripada luar bangunan tanpa memecahkan tingkap kaca.  
iii) Bahan yang digunakan juga hendaklah dari jenis yang tidak mudah terbakar. 
iv) Jika bahan yang digunakan bukan dari jenis kaca, ianya perlulah mudah ditanggalkan.

‘Break Point’ ini perlu diadakan pada dinding luar bangunan di setiap paras dalam jarak 15 meter. Ia juga boleh diadakan untuk memasuki lobi atau ‘protected corridor’ supaya anggota-anggota bomba dapat masuk ke tempat selamat.

Okla cukup untuk kali ini.. sampai berjumpa lagi..

_________________________________________________________________________________

Boleh join channel telegram saya untuk bacaan ringan. Link seperti di bawah :

Friday, 18 May 2018

Undang-Undang Dan Piawaian Berkaitan Sistem Pemasangan Tetap Gas (Fire Suppression System)

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan brkongsi mengenai undang-undang dan piawaian yang berkaitan dengan sistem pemasangan tetap gas (fire suppression system). 'Fire Suppression System' ertinya sistem pemadaman yang direkabentuk secara automatik untuk memadam kebakaran secara menyeluruh di dalam sesebuah bangunan. 

Bagi projek yang melibatkan pemasangan fire suppression system ini, pihak PSP/SP hendaklah mengemukakan pelan rekabentuk sistem yang lengkap ke jabatan bomba bagi tujuan semakan dan kelulusan sebelum proses pemeriksaan projek dan pengeluaran surat pelepasan berperingkat dilakukan.

Undang-undang dan piawaian yang terlibat termasuklah:-

1. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. 

2. Arahan-arahan dan garis panduan yang dikeluarkan dan ditetapkan oleh JBPM. 

3. Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 62(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang mana berkaitan. 

4. MS 1746: Part 1:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 1: general requirements (first revision) (ISO 14520-1:2006, MOD). 

5. MS 1746: Part 8:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 8: hfc 125 extinguishant (first revision) (ISO 14520-8:2006, IDT). 

6. MS 1746: Part 9:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 9: hfc 227ea extinguishant (first revision) (ISO 14520-9:2006, IDT). 

7. MS 1746: Part 10:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 10: hfc 23 extinguishant (first revision) (ISO 14520-10:2005, IDT). 

8. MS 1746: Part 11:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 11: hfc 236fa extinguishant (first revision) (ISO 14520-11:2005, IDT). 

9. MS 1746: Part 12:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 12: ig-01 extinguishant (first revision) (ISO 14520-12:2005, IDT). 

10. MS 1746: Part 13:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 13: ig-100 extinguishant (first revision) (ISO 14520-13:2005, IDT). 

11. MS 1746: Part 14:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 14: ig-55 extinguishant (first revision) (ISO 14520-14:2005, IDT). 

12. MS 1746: Part 15:2008 - Gaseous fire-extinguishing systems - physical properties and system design - part 15: ig-541 extinguishant (first revision) (ISO 14520-15:2005, IDT). 

13. NFPA 2010:2006 - Standard for fixed aerosol fire extinguishing systems. 

14. NFPA 2001:2000  - Standard on Clean Agent extinguishing systems. 

15. UL 1058 - Halogenated agent extinguishing systems units. 

16. UL 2166 - Halocarbon clean agent extinguishing system units. 

17. AS/NZS 4487:1997 - Pyrogen fire extinguishing systems. 

18. VdS 2344en:2005-12  - Testing, Approval and Evaluation of Conformity of Equipment, Components and Systems for Fire Protection and Security Technologies, Procedures. 

19. ISO 14520-Part 1-15 - Gaseous fire-extinguishing systems - Physical properties and system design. 

okla cukup untuk kali ini. jumpa lagi di lain masa.. 

Wednesday, 16 May 2018

Akses Perkakas Bomba

Salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai akses perkakas bomba. Keperluan atau kehendak mengadakan akses perkakas bomba jelas dinyatakan di bawah UUK 140, di mana semua bangunan yang isipadunya melebihi 7000 meter padu perlu disediakan akses bagi laluan jentera bomba. Akses perkakas bomba akan membolehkan jentera bomba masuk di dalam kawasan premis untuk melaksanakan kerja-kerja operasi penyelamatan dan pemadaman serta menangani mana-mana kejadian kecemasan dengan lebih cekap dan berkesan.

Menurut UUK 140, semua bangunan yang melebihi 7000 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter lebar dan boleh dimasuki oleh perkakas pasukan bomba. Kadar bangunan itu yang bersempadanan dengan jalan, lebuh atau kawasan terbuka hendaklah mengikut skala jadual di bawah.. 


Piawaian Malaysia juga ada menyatakan berkaitan dengan akses perkakas bomba iaitu MS 1489: Part 1: 1999 - Fire Extinguishing Installations and Equipment: Part 1: Hydrant Systems, Hose Reels and Foam Inlets yang berbunyi :-

“Access roads may be common highways, private roads, footpaths or specially strengthened and defined routes through the surrounding terrain and should have a minimum width of 6 meter and be capable of carrying a pumping appliance with a ‘laden weight’ of 26 tonnes. Any bends in access roads should be able to accommodate an appliance having a minimum turning circle of 17 m diameter. Minimum clearance height should 4.6 m and any gates should have a width of 4 m in the clear and be openable from either side. Unless adequate turning facilities already exists a suitable means to enable fire appliance to turn round should be provided”.

Jabatan bomba juga pernah mengeluarkan beberapa arahan berkaitan dengan akses perkakas bomba sebelum ini seperti :-

1) Arahan Ketua Pengarah 1985 : Garis Panduan Bagi Undang-Undang Seragam 1984 - Penjelasan keperluan mengadakan akses perkakas bomba dan kelebaran minima iaitu 6 meter

2) Arahan Pencegah Bil 5/99 : Mengadakan Garisan Akses Jentera Bomba di Premis-Premis -  Arahan mematuhi keperluan mengadakan akses perkakas bomba dan mengadakan tulisan "AKSES PERKAKAS BOMBA". Perkataan akses perkakas bomba hendaklah diwarnakan kuning seperti rajah di bawah :-

3) Arahan Ketua Pengarah 2005 : Garis Panduan Bagi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 - Penjelasan berkaitan dengan keperluan akses perkakas bomba UUK 140, UBBL 1984. Penjeasan berkaitan semua bangunan yang melebihi 700 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter lebar adalah seperti berikut :
Bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 12 meter dan; boleh dimasuki oleh perkakas bomba iaitu mengadakan akses perkakas bomba seperti rajah di bawah:-
Bagi premis komersial, jabatan bomba telah menetapkan keperluan-keperluan seperti berikut :-

1) Semua bangunan yang melebihi 7000 meter padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka yang tidak kurang daripada 6 meter lebar dan boleh dimasuki oleh perkakas pasukan bomba.

2) Mengadakan tulisan sebagai peringatan untuk mengosongkan akses perkakas bomba dengan menyediakan tulisan "LALUAN JENTERA BOMBA - KOSONGKAN LALUAN" untuk bangunan komersial sahaja. Perkataan akses perkakas bomba hendaklah diwarnakan kuning. Saiz dan kedudukan tulisan yang perlu diadakan di atas akses perkakas bomba adalah seperti berikut :-
Manakala bagi kedudukan dan jumlah bahagian yang perlu diadakan di atas akses perkakas bomba adalah seperti berikut:-

3) Memasang papan tanda di sebelah kiri atau kanan jalan berbentuk papan tanda seperti di bawah :-
4) Boleh menanggung beban tidak kurang daripada 30 tan dan diturap serta mempunyai kecerunan nisbah tidak kurang 1:15

5) Mestilah bebas daripada apa-apa halangan yang boleh menjejaskan fungsi jalan tersebut. Bagi bangunan yang mempunyai bumbung untuk tujuan perlindungan hujan di kawasan pintu masuk utama ketinggian kelegaannya mestilah tidak kurang daripada 4.6 meter.

oklah, cukup untuk kali ini. jumpa lagi..

Channel Telegram

Salam sejahtera..

Memandangkan sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan, jadi saya telah create satu channel telegram untuk bacaan ringan mengenai sistem pasif & aktif dan info keselamatan.. link channel tersebut seperti di bawah,,

https://t.me/abrsafetybuilding

Buat masa ni saya belum update apa-apa lagi.. post kali ni sekadar pemakluman mengenai channel telegram ni saja. Blog ini masih diteruskan lagi. saya akan update bila ada kelapangan.. tq

Info penting

Salam sejahtera buat semua.. Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya masih aktif berkongsi mengenai sistem pasif dan a...