Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai Jadual ke 5 (penetapan kumpulan maksud). Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai jadual ke 7 pula. Dalam mengkaji, memahami dan menentukan sesuatu keperluan di dalam jadual ke 7, asas utama yang perlu ditentukan adalah PENETAPAN KUMPULAN MAKSUD (jadual kelima - UBBL 1984)..
Skop kehendak jadual ke 7 termasuklah penentuan jarak perjalanan maksimum & hitungan beban pendudukan dan muatan pintu keluar. Dengan kata lain jadual ke 7 di rujuk bila melibatkan penentuan had jalan mati, jarak perjalanan, lebar pintu keluar, jumlah pintu keluar dan faktor pendudukan.
Memandangkan skop jadual ke 7 ini besar, jadi pada kali ini saya hanya akan menerangkan tentang cara menentukan had jalan mati dan jarak perjalanan sahaja. Jalan mati (dead end) ertinya sesuatu kawasan yang pelepasan diri daripadanya hanya boleh dilakukan melalui satu arah sahaja dan dalam sesuatu pelan terbuka termasuklah mana-mana tempat yang jalan terus darinya kepada pintu keluar lain mencakup suatu sudut yang tidak kurang dari 45 darjah.
Jarak perjalanan (travel distance) ertinya jarak yang perlu dilalui daripada mana-mana tempat ke sesuatu tingkat bangunan sama ada ke pintu penahan api dalam kepungan tangga atau jika tidak ada pintu tersebut, ke anak tangga pertama tangga itu.
okla, cukup untuk kali ini. jumpa lagi di lain kali...
TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT YANG SANGAT BERGUNA INI :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Penerangan yg baik.
ReplyDeleteTerima kasih tuan - PlanLulus.com JB Consult
ReplyDelete